Life in Ads =).
Tuesday, December 28, 2010
Saat Jatuh dan Ingin Bangun
Dan ingin bangun...
"If you believe from the depths of your heart that the Creator of the universe wishes the best for you, then no matter what happens, you won’t be worried. As long as you know you’re taking the right action then no matter what the outcome is, you’ll surrender to it with peace. There’s nothing to be afraid of, because there is nothing better than being content with the knowledge that the Creator of the universe is doing what is best for you." -Vakils
Mun, bangun mun. Jangan menyerah kalah. Allah sayang kamu sebab tu Dia datangkan ujian. Mun kuat. Itu yang mun perlu selalu ingat. Kuat kerna Dia. Segalanya untuk Dia.
p/s: Terima kasih Sahabat. Anda tahu anda siapa dalam hati saya. Barakallahu fiki.
Sunday, November 14, 2010
Suka!
Hati - hati dengan apa yang anda suka. Boleh jadi Allah suka. Boleh jadi Allah murka.
0022
15 November 2010
Kajang
Thursday, November 04, 2010
Baik baik sayang
But I'm blessed
I'm sad
But I'm blessed
I'm torn
But I'm blessed
Ya Allah, may You make things easy for me. Equipped me with lots of Sabar, Iman and Ihsan in whatever that makes me closer to you Allah. Amiin Ya Rabbal Alamin...
T_______T
p/s: InsyaAllah, semuanya akan baik baik sayang.
Too fast... too furious
1. Me driving in fast lane.
2. Me driving in fast lane with traffic lights blinking here and there, everywhere.
3. Me driving in fast lane while rain starts falling heavily on earth.
4. Me driving in fast lane in which the roads taken are bumpy and slippery.
*Sigh*
Guidance from Allah and proper planning are indeed important right now. May Allah guides and show me the right way. Ameen
Tuesday, November 02, 2010
Sorry...Sorry.. Sorry
Banyak yang disimpan
Sedikit sangat diluah
I tried to be bold
But I can't
It's hard
and
I'm sorry
Monday, November 01, 2010
Jig Saw Paz Zle
" We are like pieces of huge jig saw puzzle. Close to each others. Click to one another. Need one another... Produce one big picture. It is LOVE... You, me and others."
MIROS,
Tingkat 3,
21 October 2010
Sunday, October 24, 2010
Hari Terakhir
1. Masuk kerja pukul 7.19pagi
Fakta menarik: Sepanjang berpraktikum di tempat kerja itu, tak pernah sekali pun masuk kerja sebelum pukul 7.30 pagi atau waktu - waktu sebelum itu. Pecah rekod lah. Pekerja - pekerja kat situ pun tak datang kerja seawal time tu. Kagum dengan diri sendiri.
2. Gambar raya aka group foto centre
Fakta menarik: Time celebrate bulan Syawal hari tu takde la plak nak tangkap gambar centre secara berjemaah. Last day practicum, tiba - tiba ada undangan untuk group foto. Malu pun ada. Ye lah, budak praktikum lah katakan. Bukan permanent stuff (lagi) pun. Ceria abis diaorg. Bersampin, bersongkok bagai. Macam time raya. Klass gitu. Staff kat centre memang best. Dari Pengarah sampai ke RA sume sporting. Layan~
3. Staff yang tak pernah - pernah nak tegur, tiba - tiba ramah. Auwww
Fakta menarik: Mun ni boleh la dikatakan slow to warm up gak. Tapi bila dah kenal orang tu, fast je keje nya. takde makna nya nk slow - slow mcm komuter. Tapi last day kat tempat practicum tu, ade la staff - staff yang tak pernah nak bersembang mahupun bertegur sapa, sembang bagaikan dah kenal 15 tahun. hehe. I ni malu - malu kucing tau.. kucing pun tak malu mcm I. hehe.tett!
4. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan presentasi.
Fakta menarik: Slides untuk presentasi siap pada pukul 12.00tghri dan presentasi kepada pengarah, penyelia dan pensyarah - pensyarah serta staf - staf praktikum adalah pada pukul 3petang ye macik ye. Tak pernah dalam hidupku, buat slides presentasi last - last minit. erk~ Allah Maha Pemurah, Allah itu Maha Pemudah, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Pengabul Doa. Memang dipermudahkan segala urusan presentasi. Memang dah cuak kebebeh dah sebab tak siap slides tu. Tapi dalam hati ni rileks je. Dalam hati siap ada taman lagi. eh.. tak lah, dalam hati ada Tuhan. haaaaaaaa.. baru la betul. Ya Allah, sujud syukur pada-Mu atas segala cinta.
5. Berteleku di pejabat pada waktu solat Jumaat
Fakta menarik: Sepanjang 14 minggu berpraktikum, tak pernah sekali pun mun dan housemate merangkap opismate tidak untuk tidak pulang ke rumah setiap kali solat Jumaat. ye lah kan, rumah sewa sekentutz je dengan opis. jalan kaki tak sampai 2 minit, naik kereta.. alahai.. dalm 50 saat ade lah. hehe. tapi, sejarah telah membuktikan pada hari jumaat yang lalu (hari presentasi). mun tak balik ke rumah seperti hari - hari jumaat yang lalu. ajaib sungguh. masyaAllah. semuanya gara - gara presentasi (sila rujuk point no 4 ye, terima kasih. harap maklum).
Dan alhamdulillah. Segala yang akhir tu berjalan dengan baik. syukur sangat - sangat. im happy to be at the practicum place. memang best. environment best. staf - staf yang sangat supportive. dapat rasa kelainan. tenang. damai. oh.. im so gonna miss you guys. but i pray that i wont be long to leave you guys. just because.... I found that I just felt in love with the work, staff and everything that I went through these past 3 and 1/2 month. =).
Syukran Jazilan!!!
Thursday, October 07, 2010
Kebelakangan ini
Hah.. kebiasaannya waktu macam ni dah selamat di ulit mimpi. Belayar dengan bahagianya.
Tapi tidak pada malam ni.
Dari petang tadi berkira - kira untuk menulis. Tapi jari jemari ini semacam biasa. Kaku di pertengahan jalan.
Kebelakangan ini .....
1. rumah tangga agak serabut. Kusut masai. Bilik bersepah. Macam sarang tikuih (perumpaan yang terbaek boleh digambarkan). Baju tak tersusun rapi. Tidak seperti minggu - minggu lalu : Baju kurung untuk pegi kerja di iron dengan rapinya untuk 5hari bekerja seminggu.
2. kurang idea - idea bernas untuk dizahirkan pada kertas research proposal. Buntu. masih lagi mencari nur dan hidayah. Moga Allah berikan kesabaran dan sifat untuk terus berjuang dalam diri. Semakin baca artikel - artikel, semakin confuse apa yang nak dibuat. Sisa masa di tempat praktikum cuma tinggal kurang dari 14 hari bekerja. Report belum buat. Log book tak dikemaskini. Apa nak jadi?
3. kurang nikmat makan. Kehilangan rasa untuk menikmati makanan yang dikunyah, dan kemudiannya ditelan adalah sesuatu yang sukar ditafsirkan. Tenggelam punca dan arah. Allah mahu menguji kau tu syukur ke tak dengan nikmat yang dah diberi. Itu pun tak fikir ke? Cubalah muhasabah diri dan cari kesyukuran di sebalik kehilangan sementara nikmat yang Allah bagi. Ended up, ganti puasa yang sebanyak - banyak hari itu (banyak sangat ke?) supaya tak terasa kehilangan nikmat tersebut.
4. jadi sangat cengeng. Sikit - sikit nak nanges. Sikit - sikit nak nanges (perlu la ulang ayat di atas sebanyak 2 kali ye). Benda kecik pun nak nangis. Ye, memang mun cengeng. Pada yang tidak tahu apa itu cengeng, cengeng tu bermaksud suka menangis. Itu cara yang mun amalkan dari kecik- kecik dulu. Belum sempat bukak mun nk defend diri atau katakan sesuatu, gedung ayaq mata dah bukak dulu. Mata berjujuran air mata jatuh ke bumi. Orang cakap sket je, mata dah start berair. T__T
Ya, dan semua tu yang kebelakang. Yang kedepannya harus bagaimana? Mudah - mudahan yang baik - baik saja. Itu yang mun mintak.
Ya Allah, Engkau Maha Pengasih, Engkau Maha Penyayang. Permudahkanlah urusan - urusan ibadahku, amalku, research proposalku, practicumku, hubunganku dengan-Mu, hubunganku dengan mereka - mereka yang berbuat baik padaku, hubungan mereka - mereka yang sayang padaku. Amiin Ya Robbal 'Alamin.
Mun, tidoq~
Ye, baek!
Tuesday, September 28, 2010
Hati berbisik
Hati berbisik.
Iya.
Apa?
Rindu.
Pada siapa?
Dia.
Iya.
Dialah.
Psstt..
Apa lagi?
Sudah - sudahlah.
Baek~
Sunday, September 05, 2010
Menjelang Syawal...
Ramadhan pulak, hanya tinggal kenangan.
Rasa sedih ada.
Rasa sebak pun ada.
Nak tinggalkan Ramadhan.
*Sob.. sob*
Pejam celik, pejam celik. dah nak habis Ramadhan rupanya. Kali ni mun tak rasa nk beraya. Apa yang mun rasa? Rasa berpuasa. Alhamdulillah. Bulan ramadhan kali ni nampak lebih baik dari tahun sudah. Ini seriyes! Alhamdulillah... syukur Allah bagi kesempatan untuk rasa nikmat berpuasa dan hidup dalam bulan Ramadhan. =D.
Bila dah di penghujung Ramadhan, mulalah orang sibuk sibuk dgn persiapan utk hari raya. Kueh raya, Baju raya, duit raya dan semuanya raya! Huhu. Semalam, mun berkesempatan ke Jln TAR (tempat paling pemes utk orang membeli belah dengan jayanya bila tiba musim perayaan). Mun ke sana temankan sepupu mun. Dia nak cari tudung. Bila sampai kat Semua House tu dah tengok betapa padatnya setiap ruang dengan manusia. MasyaAllah.. Macam pesta. Bila keluar ke jalan besar (i.e. Jalan TAR) tu lagilah padat. Kepadatan yang melebihi saiz ketumpatan jalan tersebut. Wohoo~ Ayat penuh saintis.Haha. One thing came out from my inner speech "Ya Allah, gerunnya tengok orang membeli belah. As if they are barbarian" Astaghfirullah alazim. Tak layak pn cakap begitu. Tapi itu yang terdetik dalam hati.
Kecik - kecik dulu beria gak bila time nak raya. Zaman budak - budak. biasalah... nak itu ini, semuanya baru. Bila sepupu - sepupu pakai baju branded, mulalah hati meronta - ronta nk baju mcm diaorg. Mintak kat parents, parents cakap takpalah. Itu depa. Kita pakai je la apa yang kita ada. Sila take note ye, zaman ni zaman kanak - kanak ribena. Ape yang tgh trend, yang tu gak la yang diidamkan. Pernah gak mempersoalkan pasal isu tu. Tapi sebagai anak, tak patut buat macam tu. I'm sorry, Pa and Ma. Tak berniat pun nk mempersoalkan dan sebagainya. Darah muda la katakan. [Ayat mencover line ;p.]
Bila dah besaq ni, pemikiran dah berubah, baru tersedar dgn segala nikmat yg Allah bagi. Syukur sbb Allah timbulkan rasa kesedaran. "Kita kena pikiaq, susah macam mana pun kita, ada orang yg lagi susah drp kita". Itulah yang diterapkan dalam hati kami anak - anak Pak Jalil dan Cikgu Mahani. ;). Pengajaran yang penting dan berharga.
Sekarang ni, fokus raya adalah bermaaf - maafan, jumpa adik beradik, tanya kabar, rapatkan ukhwah. Tiada lagi berlumba - lumba siapa dapat duit raya paling banyak, siapa yang ada banyak baju raya. Zaman tu dah berlalu. Masa dah berubah. Jadi manfaatkanlah masa beraya dengan keluarga. Dolu2 rasa tanak g beraya kat rumah sedara, macam2 alasan... malas la, nak tgk tv la. Aleh.. aleh kena bising. "Hampa (Korang) ni nak jadi apa? Tak mau pi rumah adik beradik." Ahaaa.. ayok.. ayat keramat dah kluaq. Hamik...Padan muka. Ngeee~ Bila dah besaq ni, pandai - pandai la pikiaq. tett!
Kesimpulannya di sini, manfaatkanlah raya sebaik - baiknya. Dan doa mun agar apa yg dilaburkan semasa dalam bulan Ramadhan, membuahkan hasil dan hendaknya berkekalan hingga akhir hayat.
Pergimu Ramadhan dirindui,
Datangmu Syawal disyukuri.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin....
p/s: Balik kampung... wooowooo.. dah dekat 4 bulan tak balik rumah. I miss you home!
Thursday, August 19, 2010
Tiga Purnama
Aku seakan membatu.
Tiga purnama sudah berlalu,
Aku masih membisu.
Tiga purnama sudah berlalu,
Larikan jua pandangan itu.
Tiga purnama sudah berlalu,
Sekarang, sudah tiada salahlaku.
Tiga purnama sudah berlalu,
'Jalan raya' jadi idaman kalbu.
p/s: Practicum mode on. Thesis mode ... er.. ON! =).
Monday, August 09, 2010
Esok puasa! =).
Mun selalu ada impian untuk solat terawih di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur; masjid yang dekat Perhentian Bas Jalan Duta tu.. Tapi tak kesampaian. Dari zaman undergraduate dulu lagi dah kepingin nak solat terawih di situ. Belum ada rezeki lagi. InsyaAllah, nanti - nanti ada lah. Ada yang mempersoalkan mun.
"Kenape nak solat terawih kt situ? Ape yang best solat terawih kat sana?"
"Solat kat mana - mana masjid pun boleh kan. Kenape nak solat terawih kat sana?"
Biasanya mun akan jawab balik soalan - soalan tu: " Memang tak salah solat kat mana - mana masjid. Cuma impian mun nak solat kat sana. Bila tengok orang ramai solat kat sana, hati rasa sejuk..." Oh.. syahdu syahdan plak entry kali ni. Tengah taip ni rasa nak menitis air mata.*sebak jap*
And one more thing, mun teringin sangat - sangat nak buat umrah dengan famili di bulan Ramadhan. Rezeki Allah nak bagi, parents mun buat umrah tiap - tiap kali bulan puasa. Tak syok la bila kita asyik hantar parents buat umrah kan. Kita pun nak merasa pegi umrah gak. Mun ada menyuarakan hasrat tapi selalunya kena reject. Huhu. Takpe lah. Allah knows what's the best for me. InsyaAllah, satu hari boleh buat Haji dan Umrah. Moga Allah permudahkan... Amiin.
Oh ye, esok puasa! Jangan lupa niat utk puasa sebulan bulan Ramadhan ye. Assalamualaikum... ;). May Allah bless us.
p/s: Sebelum memasuki bulan Ramadhan, mun nak mintak ampun dan maaf jika ada salah dan silap. Manusia itu insan.. mudah lupa.. Harapnya kita masuk ke dalam bulan Ramadhan dengan penuh rasa lapang hati.. Ramadhan, here we go! =).
Friday, August 06, 2010
Apakah KPI anda untuk bulan Ramadhan anda kali ini?
Pada mun, bulan Ramadhan ni istimewa sangat - sangat. Mcm isi kandungan yang Br. Muhammad Adli mentioned during MPF Youth Camp 2010 hari tu, bulan Ramadhan ada specialities dia yang tersendiri. Dalam bulan ni ada banyak sales dan diskaun yang Allah bagi kepada mereka - mereka yang beriman dan berfikir. Cuba bayangkan, dalam bulan Ramadhan ada solat sunat terawih, ada iftar, ada sahur dan macam - macam lagi. Dalam bulan puasa ni lah nak rebut macam - macam peluang.
Semua muslimin dan muslimat akan cuba untuk kurangkan makan, kurangkan bercakap tentang perkara - perkara tak elok, banyakkan berzikir, banyakkan doa, banyakkan solat sunat dan sebagainya. Kan elok kalau tiap - tiap bulan adalah bulan Ramadhan. ;).
Menyentuh bulan Ramadhan ni, rasa best kalau dapat sambut bulan puasa dengan keluarga masing - masing. Kalau family mun plak, tiap - tiap kali bulan puasa memang meriah. Bukan meriah sebab makanan atau sebagainya, tapi ada kesatuan kt situ. Bukak puasa 1 keluarga, pegi solat terawih sama - sama, sahur sama - sama. Best sangat - sangat.
Alhamdulillah, boleh kata setiap kali bulan puasa, parents mun akan gi buat umrah. Alhamdulillah! Ada jugak beberapa kali mun luahkan rasa nak pegi buat umrah skali dgn parents mun. Tapi reason yang diberikan, "Kakak dok blajaq lagi. Fokus kat blajaq dulu. Nanti bila dah habis blajaq boleh la pi. Lebih baik kalau buat Haji terus. Lebih afdhal." Ye, baeeeeeeeeeek~ Mun akur. tapi mun punya hasrat dan impian untuk pegi buat umrah dengan parents dan family mun time bulan puasa. InsyaAllah.
Ya Allah, Engkau murahkanlah rezekiku, rezeki kedua ibu bapaku, rezeki adik beradikku, rezeki ahli - ahli keluargaku yang lain, rezeki rakan - rakanku, rezeki guru - guruku, rezeki pensyarah - pensyarahku dan rezeki orang - orang yang berbuat baik padaku, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Amiiin...
Bercakap tentang juadah, my favourite kueh is Kek Kukus Hitam dan coq keria (cucur keria). Weeee~ Mun tak memilih makanan sangat. Oh ye, nak berkongsi sesuatu. Dulu time mun sekolah menengah dan sekolah rendah, mun suka tengok rancangan masakan, tak kisah la masakan lauk - pauk atau kuih/kek raya. Mun akan tercongok kat depan tv tu, salin resipi dan kalau ada masa, try buat sendiri. Itu memang hobi yang sangat - sangat spesifik time bulan posa. Layan...
Jadi, ni adalah beberapa KPIs mun untuk bulan Ramadhan kali ni:
1. Buat solat Tahajjud dan solat - solat sunat yang lain pada waktu sebelum subuh
2. Membaca al- Qur'an sekurang - kurangnya 1 muka surat sehari
3. Sahur pada waktunya
4. Buat solat terawih sebanyak hari yang mungkin
InsyaAllah..
Ya Allah, Engkau makbulkanlah dan perkenankanlah hajatku ini. Semoga Engkau menerima amal ibadahku sepanjang bulan Ramadhan dan sepanjang hidup dan hayatku. Sesungguhnya solatku, matiku dan hidupku kerana Mu ya Allah.. Amiin ya Robbal 'Alamin..
Selamat Menyambut Ramadhan....
Ramadhan Kareem.. Ramadhan Mubarak =).
Thursday, August 05, 2010
KL tu ape? *wink wink*
Uhhh...
Ya, sekarang ni mun menetap di Kajang. Tak pernah terlintas dalam fikiran untuk menetap kat sini. Im doing my practicum here. For about 3.5 months
Alhamdulillah, praise be to Allah for all the things that happened in my life. Actually, doing practicum here was an ad hoc plan. Mula - mula rancang nak buat practicum kt Sg. Petani, pastu tak jadi. Pastu kat Penang plak, pun tak menjadi. Last - last buat kat Kajang. But still around KL dan Selangor. Oh well, I kan orang Mont Kiara *dan.. dan orang Mont Kiara ;p.*
Kajang memang tak sama dengan KL dan kawasan - kawasan yang sama waktu dengannya. Huhu. I miss KL so much. Bukannya sebab KL ada KLCC, KL Sentral, KL Tower dan KL - KL yang lain. Tapi KL dah agak sebati dengan mu. Oh well.. Kalau jumpa orang baru, sure mun akan mintak orang tu teka mun asal dari negeri mana. Macam - macam jawapan yang diberikan. Tapi seingat mun, tak penah pun orang teka mun asal dari kedah. Ya, ceq memang orang Kedah.. pure.. original.. Tapi disebabkan dah sebati dengan kehidupan di KL, slang bahasa kedah tu secara automatisnya telah hilang. Most of people I've met cakap mun orang KL. Paling ingat skali pernah ada orang cakap mun orang Singapore. hehe.. Terbaekkkk lah..
Bukan nak cakap sombong dengan Kedah (atau Aloq Staq, secara lebih spesifiknya) tapi mun banyak mingle dengan orang - orang KL berbanding orang - orang utara ni. Tak semestinya bila dok KL, tergeliat lidah. Takdak la sampai tak bulih cakap bahasa utagha. Kalau ada oghang utagha, ceq cakap aih bahasa kedah dengan depa. *see.. see.. see.. ceq bulih cakap utagha tau.. dont play - play ;p*
Alhamdulillah, dekat 8 tahun dah dok kt KL. cewah, berbangga plak jadi warga negeri wilayah persekutuan. hehe. bila dah dok KL ni mula lah nak menghafal jalan - jalan di KL. Banyak sebab yang menyebabkan mun hafal jalan - jalan di KL . One of the main reasons is because bila parents mun datang KL, anak - anak Pak Jalil & Makcik Mahani la yang akan bawak keta, jalan - jalan cari makan. weeeeeeee~ and one more thing, mun memaaaaaaaaaaaaaaaaaaang suka berjalan dan explore. suka la sangat - sangat. I rather spend my money pegi jalan - jalan, sight seeing rather than spending my money on jewelry (tak minat sgt) or make up (erk, make up tu ape?). haha.
Walau di mana pun berada, Kedah tetap di hati. Lahir kat situ, membesar kat situ, sekolah kat situ, tadika kat situ.. Bak kata pepatah, semua la kat situ. Hmmm... Rumah manis rumah (sila translate ayat itu ke bahasa inggeris ya, harap maklum). I miss home so much. Lately, asyik mimpi balik rumah je.. Petandanya tu cik Munira Abdul Jalil, silalah pulang ke rumah ye. hehe..
3 bulan dah tak balik ni... rindu banget.
Rindu... rindu... rindu...
Tuesday, August 03, 2010
Jika saya lepaskan awak
"A`ah doktor. Saya susah nak luahkan perasaan saya. Kalau saya marah pun, saya akan ambil masa yang lama untuk marah kat seseorang. Saya susah nak cakap dengan orang, saya marah dengan orang tu."
"Awak cuba lepaskan. Kalau awak lepaskan, insyaAllah, sakit awak akan kurang."
"Saya cuba doktor. Saya cuba."
Ya, mun sangat susah nak luahkan perasaan especially rasa tak puas hati atau marah kat orang lain. Dan akhirnya, mun makan hati, sendiri - sendiri.
Amatlah susah nak cakap tak suka atau marah dekat orang lain. Banyak tantrum dalam diri. Mengerutu sakitnya dalam hati. Banyak kata - kata hati yang keluar.
Mun ingat, last time mun rasa marah yang tersangat - sangat - sangatlah marah was last year. Time tengah practicum dengan classmate. He's a foreigner. Bukan mun anti-foreigner tapi tindak tanduk dia yang buat mun tak berkenan. He's religious. Sangat - sangat. and I dont mind with that.
Bila diskusi dengan dia dan supervisor, takde plak dia nak cakap apa - apa. As if, he agrees on what we are discussing. Tapi keluar je dari bilik supervisor, dia start cakap yang dia tak setuju dengan apa yang telah dibincangkan. wohoooooh.. hangin la satu badan mun. Kenapa tak cakap awal - awal? Kenapa tak bangkang time mun bagitau supervisor apa yang kita nak buat?
*Stress*Tensi*
I can tolerate if people talk nicely even if you don't agree with me.
Depan supervisor angguk - angguk. Tapi bila dah takda supervisor geleng - geleng. Hangin!
Haihhh.. seingat mun, tu lah pengalaman marah yang paling tak boleh lupa. Ingat sampai sekarang.
Pernah jugak time kecik - kecik dulu, mun rasa marah yang sangat - sangat kat kakak mun. Tapi mun simpan je. Time tu tengah nak makan, dia plak membebel ape ntah. Mun tak lawan balik. Mun senyap je. Tapi bila telan makanan tu rasa panas tekak. Perit jugak. Uhh... Sabar mun sabar.
Jadi, haruskah saya lepaskan awak wahai perasaan?
Lepaskan rasa marah dan tak puas hati kat orang lain. Biar puas.
Tapi puaskah? Apa manfaat yang boleh ada kat situ.
Dilema dalam diri. Itulah...
Ya Allah, Kau Maha Mengetahui.. apa yang tersirat dan tersurat dalam hati. Aku mohon ampun dari-Mu, ya Allah. Aku mohon daripada-Mu ya Allah.. jauhilah kemurkaan-Mu dariku.. Amiin...
Tuesday, May 04, 2010
Impian Mun (Part 1) - Semuanya cun saja -
Mun suka memasak. Jadi I want a kitchen with a full set of kitchen hardware. I want a microwave or ovan. I like to bake cake or muffin. Seronok bila try and error memasak. Macam hari tu, dah lama tak masuk dapur. Like after 2 years tak masak (i mean masak lauk yang serius2, ade ke lauk yang tak serius?haha!), mun try masak bebola ayam dan kuah steak berlada yang macam mun penah masak tu. That lauk is my favourite one. Kalau balik rumah, sure mintak ma masak. And the first lauk yang masak sendiri was that lauk.
Meh mun share resipi dia:
Bebola dan Kuah Stik Cikgu Mahani ;).
Bahan - bahan untuk Bebola:
1. Daging cincang / Minced meat (chicken/beef)
2. Cream crackers - 5 keping - (ditumbuk)
3. Lada hitam - secukup rasa
4. Sedikit garam
5. Telur - 2 biji
Bahan - bahan untuk Kuah Stik:
1. Tomato - 4 biji
2. Karot - 1 batang
3. Bawang besar - 4 biji - Belah 4 setiap satu biji
4. Sos cili - Secukup rasa
5. Sos tomato - Secukup rasa
6. Gula
7. Garam
8. Lada hitam
9. Bawang putih - dikisar
10.Tepung gandum
11. Cendawan butang - potong 4
Cara - cara:
1. Gaulkan daging cincang, cream crackers (ditumbuk), lada hitam (ditumbuk), sedikit garam dan telur.
2. Bentukkan bahan - bahan tersebut menjadi bebola.
3. Goreng bebola - bebola itu.
4. Angkat bebola - bebola yang dah masak tu. Letak ketepi kejap.
5. Skrg ni kita nak buat kuah pulak. Firstly, panaskan minyak dan masukkan bawang putih yang dah dikisar.
6. Goreng sampai kekuningan. Then masukkan tepung gandum dan goreng bersama bahan tadi.
7. Lepas tu, masukkan air masak. Air yang cukup untuk kuah.
*Perhatian: Bebola daging akan menyerap lebih banyak kuah berbanding bebola ayam. Jadi pandai-pandai lah bajet air ye. Terima kasih. :).
8. Then, bila kuah dah mula mendidih, masukkan sedikit sos cili, sos tomato (biar masam - masam sket), lada hitam.
9. Later on baru masukkan karot, cendawan butang dan tomato.
10. Last skali, masukkan bebola.
11. Dah siap. Boleh makan. Baca bismillah tau. :).
Wahh.. panjang lebar plak post kali ni. Tapi tak pe. Im glad that I share this with you guys. Oh ya, kembali berdiskusi psl rumah idaman. Cakap tang mana tadi.. Part dapur kan.. Aha.. betul. Tak kisah la ada dapur kering atau dapur basah. Janji boleh masak. Tapi sama je kan. Dua - dua dapur. Yang basah boleh dikeringkan dan yang kering boleh dibasahkan. Tak gitu? hehe.
Nak request mixer boleh? Bukan mixer yang DJ Fuzz pakai. Mixer utk dough dan yang sama waktu dengannya. Nanti senang nak buat kek, biskut dan muffin tu.Bestnyer...
Oh yes, tak perlu interior2 yang power dan bombastik. Tak nak la yang rambu - ramba sangat. Nanti nak masak pn susah.
Ade ventilation yang terbaik pn ok gak. Takde la asap kepul - kepul time masak nanti. Tak pasal - pasal sesak nafas orang dalam rumah tu. Heeee... ;p.
Yang penting semuanya cun saja..
I think thats all for now. Nanti kite sambung impian mun ni ok. Sambung utk bilik - bilik dan ruang - ruang yang lain. :).
Adios. Amigos. Wassalam.
Thursday, March 18, 2010
Insha Allah ;).
I fell in love with this song. It suits me.. and it was from a son of Zain.. Maher Zain.. hehe ;).
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way
Wednesday, February 17, 2010
I'm Loving It!
The other night when we had one of the activities planned for Khalifah Institute
Appreciation Dinner, we shared our feelings and experiences on "How Khalifah Method
changed my life." I stumbled and I my speech went hire wire. Bluek! I don't know how to
express it.
*Im bad at expressing myself vocally*
I just feel it. Yup.. One thing that will make me smile is the culture which
has been created within Khalifah Circle : When someone says "Thank you. May Allah bless
you." It is just amazing. Subhanallah.
Recently, I'm beginning to 'shape' myself to say "Thank you. May Allah bless you." =D.
And now, I would thank you and may Allah bless all of us. Insya Allah. :).
Thursday, February 04, 2010
Berenang - renang di daratan
Ikan berenang - renang di daratan. Biawak berenang - renang dalam bilik mun. *Chaos kejap blok PG Safiyyah di petang yang hening itu*
Al-kisahnya ada la makhluk Allah paling geli itu masuk dalam bilik mun. Biar kita namakan dia PRINCE. (Ada cerita di sebalik nama ini ye).Untuk pengetahuan semua,Prince tu kecik je. Rasanya baby biawak kot. Baru pandai berjalan-jalan la tu (Merangkak la... Biawak mana boleh berjalan macam manusia.. tettt!). Bilik mun terletak kat ground floor dan dekat dengan post guard Safiyyah itu. Ntah macam mane la si Prince itu masuk bilik time-time dekat maghrib tu. Boleh la pulak Prince tu dok celah tilam (tilam letak kt tepi dinding). Nak main cak-cak ke? I dun think i have time to play hide and seek with you. E-yucks!
Bila nampak je makhluk Allah paling geli tu, terus la mun menjerit. Agaknya dia pn terkejut gak time tu. Ewah, suka-suka hati je nak landing kt tilam i tu. Isk3.. tak patut btul. ;p. Akhirnya mun decide utk panggil jiran sebelah menyebelah punya sebelah. Nasib baik dia nak tolong. Thanks Nong.
Bila dia nampak mun dengan jiran mun, terus dia main hide and seek. Oh noooo! Boleh la plak dia nak menyorok belakang wardrobe mun tu.. then main-main kt belakang kotak2 barang mun. Aduhaiiii~~~ tak sure plak dia kluar dr bilik tu sbb Prince tu dah tak nampak bayang dan kesan. Ghaib laa senang cakap. Disebabkan biawak tu masuk bilik, maka lambat la i ngedate dgn my babes pada malam itu. Sorry girls! Dan malam itu agak ngeri ye. Rasa fobia nak tido. Takuttt~
Dan semalam time nak balik bilik, mun lalu kt depan sungai (sungai ke longkang yang sangat besar?) kt tangga besar tu. Then ternampak la geng Prince itu. Maka, dalam hati ni terdetik. "Ni mesti adik beradik Prince itu kan?" Hmmm...
Buat Prince, terima kasih la sebab sudi melawat dan membuatkan mun mengemas barang2 dalam bilik itu akibat menjejak kasih anda!
p/s: Berenang - renang dalam taman hati ;).
Monday, February 01, 2010
First Love
Hadirlah cinta.. cinta pertama,
Hadirlah cinta.. cinta utama.
Wednesday, January 27, 2010
Food for Thought
Takut biarlah bertempat.
Berani biarlah berdisplin.
Tawadhuk jangan sampai menghina diri.
Menghukum jangan sampai berlebih-lebihan.
Malu tidak dalam semua hal.
Kata - kata ini diambil di board seorang lecturer tatkala menunggu supervisor di biliknya. :).
p/s: Que sera sera...
Sunday, January 24, 2010
Weekend yang PENAT tapi BEST!!! :).
Ho ho ho! Last weekend was a great weekend for me.
1) Leadership Camp - Khalifah Model School
I was invited by Qayyum to join this programme. At first reluctant jugak la nak pegi. Tapi difikirkan tak ramai yang dapat hadir dan tak buat apa2, jadi mun pn join this programme. Tiba pada hari kejadian, hanya mun dan Qayyum serta cikgu-cikgu kt KMS je yang ade. Takpe lah.
Brain storming telah dibuat sehari sebelum hari kejadian. Jadi tak la panic attack. hehe. Knowing them (students of KMS) as outspoken, mun agak kaget gak la. Pastu plak, Qayyum mintak mun bertindak sebagai modulator untuk sesi bersama students KMS. (Fuh..fuh.. mun you can do it) Alhamdulillah, I managed to 'control' them. Bukan control pun sebenarnya.. Cuma dapat attention dan kerjasama yang baik daripada participants.
We played two activities: 1) Jig saw puzzle and 2) Kreh.. kreh. Yang paling best sekali kreh..kreh.. At first, kitaorang kurang yakin nak main game tu memandangkan semua participants sangatlah suka bercakap (Budak2 ni comel tau.. sweet and sour. hehe). Tapi yakinkan diri, guna reverse psychology dan take risk untuk main game ni. Alhamdulillah, menjadi akhirnya. Ada dua sebab untuk gelabah pada malam itu...(gelabah gak beb!) 1) Tak penah nak handle aktiviti sorang - sorang (one man show) dalam jumlah participants yang agak ramai (30+) 2) Kena speaking london bridge is falling down sbb ade students yang tak faham bahasa melayu.. hehe.. Most of the participants had fun while playing the game. Ade yang cakap penat la, ngantuk, pelik dan macam - macam lagi. Thanks to Teacher Huda, Teacher Nani, Teacher Fuzah dan Qayyum for support. InsyaAllah, ada rezeki boleh handle lagi.
Sebelum ni mun sangatlah penakut untuk ambik task jadi fasilitator. Keyakinan masih kurang. Pengetahuan pn lebih kurang. Mun banyak observe kawan-kawan yang berjaya menyampaikan information or cerita kat participants. I have problem explaining to people. I have problem expressing it to others. But, insyaAllah, I'll try my best to overcome the problem. And dealing with participants (especially budak-budak) adalah diluar bidang kemahiran mun. I like to do backdrop. eh.. bukan. backstage people. mun prefer untuk bertindak sebagai orang belakang tabir. Thats is what I do best. ;). InsyaAllah, ada rezeki, boleh jadik fasilitator lagik.:).
2) Seminar on "The Power and Science of Salat"
Alhamdulillah, on Sunday morning (after Leadership Camp), Athirah and I went to a seminar on Solat. Seminar ni anjuran PERKIM kebangsaan dan Majlis Saidina Umar - al Khattab, Bkt Damansara. Ramai gak la yang datang and most of them adalah anggota veteran (umur 40 dan ke atas). Penceramah seminar tu bukanlah seorang ustazah atau imamah tapi seorang scientist/lecturer dalam bidang kejuruteraan sains perubatan. Wow~ bunyinya sangat seronok. Yes, the seminar was very very interesting. I really enjoyed the seminar. Cuma time tgh seminar tu adalah kata hati -kata hati yang tak best. Maka kami (athirah dan mun) huhu.. istighfar banyak- banyak. Betulkan niat kitaorang balik.
It was an eye opener.Solat itu wajib dan solat tu adalah tiang agama. Kita mesti tak pernah fikir yang solat tu adalah salah satu teknik terapi dan penawar untuk berbagai - bagai jenis penyakit jasmani dan jugak rohani. Tahniah buat Assoc. Prof. Dr. Fatimah dari UM yang mendapat research grant daripada Jabatan Perdana Menteri (time Tun Abdullah) untuk mengkaji kelebihan solat dari perspektif kesihatan. Selama ni kita tak perasan, pergerakan dalam solat tu sebenarnya boleh membantu kita untuk mencegah dan merubati penyakit - penyakit jasmani. Antara kajian - kajian yang dah dibuat adalah kesan solat dalam mencegah dan merawat sakit pinggang, mati pucuk dan menguruskan berat badan. Kalau solat dilakukan dengan cara yang betul, barulah kita dapat rasakan bahawa solat itu adalah satu senaman dan terapi. Dr. Fatimah ada mentioned kalau kita rasa panas selepas kita menunaikan solat, itu maksudnya solat kita itu adalah senaman. Bukan menidakkan tugas kita sebagai Khalifah dan abid (sbb solat tu adalah wajib) tapi cuba fikirkan hikmah di sebalik sesuatu perintah Allah tu. Allah perintah mesti lah bersebab kan. Only Allah knows.
Huhu.. I think dats all from me. InsyaAllah.. ada masa, menulis lagi. :).
p/s: Penat...penat menunggu. hmm...
Sunday, January 17, 2010
Usang sawang
First thing first, Selamat menyambut tahun baru 1431 dan 2010. Aha~~~ dah lama tak update blog ni. sampaikan bersawang. hehe.. been busy. busy as bee.. ;p. Antara salah satu sebab senyap pn adalah contemplation. Contemplate mengenai hala tuju blog ni. I need to set up (again) my niah (intention) to write this blog. I dont want people to just read my blog just for the sake of reading it. Sharing itu part of it lah. InsyaAllah, i'll try to make my blog from ordinary to extra ordinary blog. :).
So, what i've been to lately.
1) Now writing and upgrading my research proposal. Woho~~~ Awal2 bukak semester tu ada jumpa my supervisor. She asked me to amend a few things such as participants, justification of work stress and etc. Jadi, misi skrg adalah nak upgrade proposal dan present kat PG committee and my fellow friends. I seriously need motivation and support to boost up my energy to finish up my research proposal. Chaiyok mun. my HOD ada ckp hari tu, "If you want to do your research proposal next semester, you must commit to it." Jadi, kesimpulannya adalah TOLONG JANGAN MALAS wahai MUNIRA ABDUL JALIL. *ding*
Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusan proposal penyelidikanku. Semoga Engkay limpahkan berkat ke atas diriku dan kawan-kawan seperjuanganku. Amiin..
2) Alhamdulillah. Was lucky last year. Won a car from a contest that I-indirectly-filled in-the-form. And his name is Ash. Dan sekarang Ash dengan parents mun. Time masuk pertandingan tu takde la rasa apa2pn. Tp adik mun memang betul2 mengharap utk menang kereta tu. Dia berhajat nak bagi kereta tu kat our parents. Dan alhamdulillah dapat. Jadi, ash adalah hadiah maal hijrah dan hadiah hari jadi our parents. ;).
3) Joined few programmes (The Khalifah Camp, Khalifah Youth Training). Oh ya, tahun ni masuk tahun ke 3 join TKC and still hold the same position as Programme Coordinator (PC). I love being a PC. I like being a PC. Eventhough dah berulang - ulang kali jadi PC, new things yg mun belajar. Belajar untuk handle situasi yang ad hoc, manage people yang bermacam - macam ragam. But the best part adalah dapat kenalan baru, especially with the kids.I was touched by the girls yang join TKC this time around. Kitaorg jadi rapat sebab kali ni jumlah participants tak ramai. Jumlah yang kecil tak membuatkan kami (warga kerja TKC) untuk tidak bersemangat utk program. We had fun. We had joy! Cherished the moment. Bila difikirkan balik, sangatlah bertuah adik-adik sekarang, especially yang tinggal kt area2 KL ni. Bukan ape, banyak sangat program2 akademik dan sahsiah yang boleh diaorg join. Jeles pn ada sebenarnya. hehe. Time mun dulu, program2 mcm ni agak limited. Yelah, mun dok kt Kedah. Yang penah mun join pun program utk UPSR. itu akademik. yang islamik plak mmg kurang. i wish i could go back in time and join join islamic based program. banyak benda lagi especially dalam ilmu agama yang mun kurang. syukur sebab dipertemukan dgn program-program dan orang-orang yang dapat mendekatkan diri mun dgn Dia. :).
4) Oh yes, ramai rakan-rakan dah kawin, bertunang dan dapat anak. Tahniah la untuk kalian. Mun doakan agar kalian sentiasa diberikan Allah rezeki dan barakah dalam perhubungan kalian. *Tahniah buat Izma dan pasangan, tahniah buat Dayah dan pasangan, Tahniah buat Noraini dan Br. Din, tahniah buat Affezah dan pasangan* Sorry tak dapat attend kenduri korang (yang tak dapat dan tak sempat pegi la kan ;p.).
Aha, my turn? uhuk2 (batuk la plak... drama lebih sket), insyaAllah.. coming soon. tak tau bila. hehe. Only Allah knows.tett~
I guess thats all for now. Nak berceloteh lama pn mcm tak best. ye la, nak siapkan research proposal lagik kan (tett~~~~). haha.