Life in Ads =).

Friday, April 22, 2011

Sheikh Sudais; Imam Masjidil Haram di Malaysia!!

Yang Berbahagia Dr. Sheikh Sudais; Imam kanan di Masjidil Haram sudah di Malaysia sejak beberapa hari yang lalu. Mun tau kedatangan Yang Berbahagia Dr. Sheikh Sudais pun daripada Adik Mun yang call semalam. Katanya Dr. Sheikh Sudais memberikan tazkirah pada selepas waktu Maghrib, hari Rabu (20 April 2011) di Masjid UIA. Patut la lepas maghrib hari Rabu lepas dengar orang  bagi takzirah tapi tak sangka pulak Dr. Sheikh Sudais. Bilik mun agak dekat dengan masjid UIA jadi boleh dengar sayup - sayup tazkirah yang diberikan. 


Kalau nak tau dengan lebih lanjut aktiviti Yang Berbahagia Dr. Sheikh as- Sudais boleh ke sini atau ke sini (Penghargaan buat Saudara Shahmuzir). 

Mun mula mengenali Sheikh as - Sudais ni selepas Ma dan Pa pasangkan kaset alunan ayat - ayat suci al - Qur'an ketika kami menaiki kenderaan. Memang suka sangat dengan cara bacaan dia tapi apa yang lebih penting sebenarnya adalah pemahaman kita terhadap ayat - ayat al - Qur'an. Itu rasanya yang lebih penting. Surah yang paling mun minati kalau dengar dia mengaji adalah Surah ar - Rahman.


Sangat sejuk hati bila dengar Imam Sheikh as - Sudais melantunkan suara, memperdengarkan ayat - ayat al - Qur'an. Yang paling best skali bila Sheikh Sudais menangis time sembahyang. Kita ni plak menangis time sembahyang bukannya sebab khusyuk sangat dalam solat tapi sebab lain. Tett! especially time hati tak tenteram sangat kan.. 

Bila mun dengar berita bahawa Sheikh Sudais ada kat Malaysia. Rasa teringin untuk berimamkan beliau. Siapa tahu, andai ada kesempatan, boleh pergi kan? InsyaAllah...


InsyaAllah, andai Allah murahkan rezeki dan panjangkan umur, mun nak pergi buat umrah skali dengan parents mun. Dah lama pendamkan impian tu. Bila proposed kat Ma dengan Pa selalu kene reject. Uhuk.. uhuk.. tapi rejectnya rational. Ma dengan Pa suh pergi Haji dulu.. Itu yang wajib. Buat umrah tu bila - bila masa kan... Mana tau, tahun ni bleh buat umrah sama - sama dengan Ma dengan Pa. Dah lama sangat teringin... Allahu 'alam.... Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui... =).

No comments:

Post a Comment