Life in Ads =).

Tuesday, May 31, 2011

Half empty or half full? Hmm..

Tinggal 50 minit sebelum meninggalkan 31 Mei 2011.

I have few questions in my mind.

Its some sort like a muhasabah untuk diri la.

Selalunya awal tahun berkobar - kobar buat azam, setkan KPIs.

Tapi selalunya susah untuk check and balancekan perkara - perkara tersebut.

Tinggal 7 hari lagi untuk sampai ke tarikh hari jadi.

Sudah hampir 27 tahun lahir ke dunia.

Apa yang telah dilakukan?

Apa yang telah dicapai?

Apa yang telah dipelajari?

Sudah tiba masanya untuk check and balance.

Untuk muhasabah diri.

Agar layar kehidupan sentiasa terarah.

Sebabnya ada angin yang kuat.

Ada pasang surut air kehidupan.

Ada ombak gelora gundah gulana.

Ya Allah, terima kasih di atas kehidupan yang bermakna ini. Ya, aku tahu, semakin bertambah umurku, semakin dekat untuk aku kembali pada-Mu. Jadikan pengembalian itu sesuatu yang pernah dijanjikan pada-Mu; moga menjadi hambaMu dan KhalifahMu yang penuh iman. Terimalah solatku, amalku, hidupku, matiku kernaMu.

Wednesday, May 25, 2011

Dan sebenarnya (Monolog diri sendiri)



Dan sebenarnya dia sudah lama ber'status' itu


Dan sebenarnya dia sudah lama menyimpan rahsia

Dan sebenarnya dia sudah membuat keputusan itu


Dan sebenarnya mereka kasihankan dia


Dan sebenarnya mereka mahu menolong dia


Dan sebenarnya mereka terbatas dalam pertolongan 


Dan sebenarnya aku terkedu


Dan sebenarnya aku tidak tahu


Dan sebenarnya aku kaku


Dan sebenarnya Allah Maha Merancang 


Dan sebenarnya Allah Maha Mengetahui


p/s: Ya Allah, aku mohonkan yang terbaik untuk dia. Engkau berikanlah yang terbaik untuk dia. Ameen...


 

Tuesday, May 24, 2011

Pefeningfing kefepafalafa

Hari ini mun habiskan masa dengan tidur.

Kenapa tidur?

Bangun pagi tadi rasa pening kepala.

Pening yang teramat.

Pening kepala sebelah kanan.

Allahu Akhbar.

Hajat hati mahu menelaah jurnal dan edit proposal.

Tapi tak terdaya.

Allahu Akhbar.

Sungguhpun lepas bangun dari tidur, pening tetap tak hilang.

Allahu Akhbar.

Semoga Allah permudahkan segala - galanya.

Masih berhutang kerja.

Semoga Allah beri kesempatan untuk langsaikan ibadah kerja.

Ameen.

p/s: Harapnya malam ni boleh langsaikan sedikit 'hutang'.

Friday, May 20, 2011

Hidup untuk makan? Makan untuk hidup?

Dua soalan yang menarik bukan? 

Tapi bila kita dah di hadapan hidangan makanan, kedua - dua soalan tu seolah- olah tak wujud. Hmmm...

Sebagai seorang Muslim, kita mesti tahu apa yang kita makan wajiblah HALAL dan BAIK. Halalan Toiyyiban. Kan?

Mun takde la cerewet sangat dari segi rasa makanan tu cuma mun akan particular if the two conditions HALAL dan BAIK tu tak nampak kat makanan atau restoran tu. 

Sekarang ni, mun perasan kita banyak terdedah dengan makanan - makanan yang tidak pasti kesahihan halalnya. Contohnya: nampak macam halal je makanan2 kt kedai tu, ramai je orang Islam yang p makan kt situ tapi pada hakikatnya tak halal.

Time mun kerja dengan sebuah international company dulu, mun selalu susah untuk decide kat mana nk makan. Kat depan opis tu baaaaaaaaaaaanyak sangat kedai makan, mostly kedai fast food la.. Contoh: Subway, KFC, McD, Starbucks dan Secret Recipe. Kalo kedai2 fast food mcm tu, kita dah jelas hal HALAL dia mcm mana tp kedai - kedai biasa tu mcm menyeramkan gak la.. Kat situ ada 1 kedai makan yang diusahakan oleh orang Cina. Mun penah usha kedai tu, nak tgk kebersihan, makanan tapi yang paling meragukan adalah sijil halalnya. Mun tgk sijil halalnya tak original. Ianya seperti di-scan atau di-photostat. Bila dah gitu, mun terus bgtau kawan - kawan mun (almost 90% of my colleagues at that time were Chinese and Indian), mun tanak makan kt kedai tu sbb kedai tu meragukan kehalalannya. Alhamdulillah, kawan - kawan mun faham dan kitaorg mmg tak penah nk p makan kt kedai tu. 

Sekarang ni plak, mun restrictkan diri mun untuk tidak makan makanan drp kedai - kedai yang support Israel. Yang paling ketara adalah McD. Tipulah kalau mun katakan mun tak rindu nk makan McD especially fun fries dia. Rasanya diaorg ade letak mandrem dlm fries dia kot. LOL! Mun start boikot McD tahun 2009 rsnya, lepas mun terlibat dalam kempen Viva Palestine untuk boikot Israel. Alhamdulillah, until now, takde urge yg membuatkan mun nk 'langgaq pantang' dan beli makanan McD. Mun hanya akan makan McD bila ada orang lain dah belikan McD tanpa dia mengetahui mun boikot McD. Dengan itu, mun makan la McD. Nanti isu pembaziran dan isu hati plak yang timbul kan. Makan je laaa.. Janji Halal.... kan? ;). Alhamdulillah, mun syukur kepada Allah sebab Allah selamatkan mun daripada korbankan prinsip mun terhadap benda - benda/ makanan yang mun boikot. Contohnya: ade kawan ajak gi McD tapi sebelum tu Allah dah aturkan yang lebih baik i.e. orang lain ajak dulu, p makan kt gerai yang tak bercanggah dengan prinsip mun (Contoh: Malinja atau KFC). hehe..


Hari ni kluar 1 berita pasal ada kopitiam yang jual kopi berasaskan DNA Babi. Erk~~~~ Kan dah kantoi.. Sejujurnya mun kurang gemar dengan makanan kopitiam ni. Dulu mun suka ke Old Town Coffee tapi lepas dpt tau diaorg tak de sijil halal, terus tak pergi. Sekarang ni memang jarang ke kopitiam. Kalau pegi pun, mun pegi DownTown Coffee & Tea kt Sri Rampai Business Park. Itupun sebab kopitiam tu ade White Coffee Tiramisu yang sedap. Mun tak suka coffee tapi bila dah diperkenalkan dengan Kopi Tiramisu tu, terus jadi addicted.


Bila sebut pasal makanan ni, memang takkan abis punya. Apa yang nk mun sampaikan di sini adalah kita kena jaga apa yang kita makan. Sebab makanan yang kita ambik tu akan jadi darah daging kita. Bukankah perbuatan makan itu satu ibadah? Yang penting makanan itu wajib HALAL dan BAIK (tidak memudaratkan diri). Frankly speaking, mun prefer untuk masak sendiri. Kalau tak sedap skalipun, kita tahu apa yang kita makan. Tahu sumbernya, tahu kebersihannya. Gitulah. Mun pun minat masak cuma skrg ni agak terhad lapangan latihan tu sebab kat hostel ni mana boleh bawak dapur gas bagai kan. Tak pasal2 kene compaun nanti. hehe. InsyaAllah, mahu belajar memasak berbagai - bagai jenis lauk. Tok dan Ma adalah 2 sumber rujukan mun kalau nk masak memasak. Tok agak reserved sbb cara didikannya begitu : Anak - anak belajaq sendiri macam mana masak tapi Ma bagi peluang kepada anak - anak dia untuk memasak. Ma tunjuk ajaq macam mana nk masak. Kalau salah ditegurnya. hehe.. maklumlah Cikgu ERT la katakan. Tapi tu lah, mak cikgu masakan tapi anak tak gheti sangat memasak. Sket2 boleh laa.. ;p.


Jadi, anda nak hidup untuk makan atau makan untuk hidup?


Sama - sama kita renungkan! ;).

Thursday, May 19, 2011

Sendiri (baca: rumah sakit)

Hampir 3 bulan tidak pulang ke rumah.

Oh.. patutlah biol semacam je. Haha!

Haip! Ada ka gelak sebab tak balik.

Oh tidak. sedih sebenarnya.

Rindu rumah sebenarnya.

Baiti jannati.

Sabaq naa.. Lagi 3 minggu akan balik. 


Yeay! 


For the meantime mun, focus on your proposal. Nak kene betulkan apa yang patut. 


I was a bit down last week when I received feedback on my research proposal. Almost every page of the proposal full of scribbles. I know that I shouldn't put them as scribbles (writing something quickly or carelessly). But.. but..mun, please look at the bright sight - You are almost there! Okey mun, jangan down sangat k. You can do it bebeh!



Anyways, someone suggested me this song.... Enjoy~ ;).






p/s: Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui yang tersirat dalam hati.



Wednesday, May 18, 2011

99

99 nama - nama agung Allah 
 






p/s: Kenal Allah, ayuh dekat dengan Allah!

Tuesday, May 17, 2011

A walk to remember: Khalifah Youth Circle : Training of Trainers, Special Edition

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Rasa refresh sangat - sangat apabila KYC TOT: SE selesai hari Ahad (15 Mei) lepas. 

Mun lawan hati untuk mencoretkan sesuatu di blog ni agar mun takkan lupa butir - butir pengetahuan dan pengalaman hilang macam tu saja. Kiranya apa mun tulis ni macam review program jugak la ;). Pesanan untuk diri sendiri: Kalau nak buat BAIK, jangan tangguh - tangguh. Baeeeek~ 


Dalam program ni, mun bertindak selaku peserta dan komiti (2 alam). Macam gila kuasa pn ada gak. hehe.. Alhamdulillah, permulaan program berjalan lancar. Dimulakan dengan sesi Ice Breaking oleh Qayyum. Banyak aktiviti/game yang kitaorg main. Antaranya Kreh.. Kreh..., melukis tapak tangan sendiri dan juga menyenaraikan ciri - ciri rakan yang kita kenal dan kurang kenal. Aktiviti kreh - kreh as usual membingitkan keadaan. Comel je bila semua cakap kreh.. kreh. Untuk game ni, setiap orang diwajibkan untuk bercakap bahasa kreh.. kreh.. dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Group mun terdiri drp Mun, Allia, Huda, Shahir Amin dan Azim. Setiap grup dikehendaki mencari 3 barang. Grup kitaorg adalah grup terakhir untuk jumpa ketiga - tiga barang yang dikehendaki. Grup first yang menang - Alimin's group. Tahniah kalian. Hehe.. 

What I like most during Ice Breaking session was aktiviti melukis tapak tangan. Rakan - rakan lain diminta untuk menulis 1 perkara tentang orang tersebut di atas tapak tangan yang telah dilukis. Part ni klakar laa sebab suma pakat dok menulis macam - macam atas kertas orang lain. Nak tau apa yang ada kat tapak tangan mun? Jeng.. jeng... jeng... Antara perkara - perkara yang rakan - rakan KYC tulis: best, cute, pemimpin, riang, ceria selalu, PC paling hebat pernah jumpa (hahaha!) dan lembut hati. Mun sangat sangat happy bila tapak tangan mun tu penuh dengan kata - kata positif dari rakan - rakan. Sebetulnya, apa yg tertulis kt tapak tangan kita tu adalah pandangan orang lain terhadap kita. Rakan adalah cerminan untuk peribadi kita. Terima kasih rakan - rakan KYC. You guys really touched my heart. T______T


Aktiviti - aktiviti untuk hari sabtu plak sangatlah interesting. Sebabnya ada talk daripada penceramah - penceramah yang hebat. Antaranya Ust. Hasrizal dan Kak Bada. Tak ketinggalan Mokhtar untuk Slot Simulasi. :D. Ust. Hasrizal cover 1 topik yang bertajuk : Apa Ertinya Saya menjadi Fasilitator yang berkesan. Talk dia memang terkesan habis lah. ALHAMDULILLAH! Ust. Hasrizal menyentuh beberapa ciri untuk menjadi seorang Fasilitator. Antaranya Niat yang betul, Usaha yang betul (Halal), Menjaga Syariatullah dan Menjaga Sunnah. Ceramah yang Ust. Hasrizal bagi memang betul - betul terkesan dengan diri mun. Banyak lagi yang mun nak kena perbaiki untuk menjadi seorang Fasilitator yang berkesan. Hakikatnya fasilitator adalah seorang pembantu dan bukannya perubah. Kita tak boleh berharap untuk mengubah gaya hidup, tingkah laku dan pemikiran seseorang. Sesungguhnya kita tak punya kuasa untuk itu tetapi haruslah kita yakin yang usaha (proses) kita itu mudah mudahan membuahkan rasa mahu, tahu dan mampu untuk merubah kepada sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah. 

Seterusnya adalah slot Kak Bada tentang Khalifah Way. Kak Bada tak gunakan slides yang banyak tapi ilmu yang Kak Bada sampaikan tu sangatlah berguna. It's like refresher kepada TOT yang dulu. Kak Bada banyak kongsikan pengalaman peribadi beliau dengan kitaorg which is very good. Nampak aplikasi dan implikasi bila kita guna ilmu Khalifah kena pada tempatnya. Untuk menjadi seorang fasilitator yang berkesan, haruslah faham, percaya dan mempraktikkan apa yang telah dibelajar. Andai tidak faham, percaya dan apply, harus bagaimana lagi nak disampaikan kepada orang lain? Renung - renungkan dan selamat beramal. hehe... Kak Bada pun ada share 1 lagu daripada Br. Sami Yusuf iaitu Mu'alim. Lagu ni menceritakan tentang Rasulullah S. A. W. sebagai seorang Mu'alim. 




Sangatlah tersentuh bila mendengar lagu ni. Rasa syahdu.. Rasa rindu.. pada mu Ya Rasulullah. Sesungguhnya Rasulullah adalah role model yang paling baik dalam apa jua keadaan. Tiada yang dapat menyangkal fakta ini. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W. 


Then petang Sabtu tu kitaorang main dalam hujan. Weeeeeeeeeeeeeee~ Dah lama tak main dalam hujan. Sungguhpun kepala mun dok nyut nyut sbb pening tapi mun gagahkan jua bermain dan bermandi hujan. Amaran keras telah diberikan kepada sesiapa yang alergik dengan hujan tapi boleh kata semua turun padang untuk Aktiviti fizikal petang tu. Hehe.. Menarik jugak modul yang Mursyidi laksanakan petang tu - Baling botol yang berisi air dan stokin busuk menggunakan kain pelekat. Team mun terdiri daripada Kak Farah, Mun, Azam, Dhee, Fuzah dan Shahir. 1st round kitaorg menang tapi second round tu kitaorg disqualified (errrk~ menarik diri atas sebab kitaorg ni terer sangat main baling - baling botol ni. :p.) hehe.. End up, grup kitaorg buat hal masing - masing while others sibuk menghabiskan aktiviti tersebut utk round yang kedua. hehe.. 


Malamnya plak ada sesi dengan Mokhtar. Personally, I respect Mokhtar sebab dia dah summarize buku Panduan menjadi fasilitator Efektif oleh Saudara Hamdan Ab. Kadir Modon Mawel dan Syed Husin Jaafar. Tahniah Mokhtar! Alhamdulillah, he delivered it well cuma pada mun, Mokhtar cakap laju benor. Kalah bullet train. Mun faham dia nak mengejar masa. Dan LDK untuk sesi tersebut amatlah seronok! Untuk aktiviti ni, Shahir Amin telah dipilih untuk menjadi fasilitator dan yang - lain menjadi peserta - peserta yang tak tahu nk respon kepada fasilitator. Untuk pengetahuan semua, Shahir memang tak suka menjadi fasi tapi dia try. Itu effort yang mun puji. Tapi for the first time, dia ambik cabaran untuk menjadi fasilitator walaupun ianya olok2. Pada mun, ini adalah salah satu perubahan positif yang Shahir dah buat sepanjang mun kenal Shahir. Syukur! 


Pagi ahadnya plak ada aktiviti Riadhah bermodul. Hah, yang ni memang mencabar hati sanubari dan fizikal. Ada 5 checkpoints yang perlu ditempuhi. Semua peserta dilepaskan dalam kumpulan masing - masing di Khalifah Institute. Destinasi pertama yang dituju adalah Taman Tasik Ampang Hilir. Berjalan kaki ada la dalam 15 minit untuk ke sana. Berlari - lari anak plak tu. hehe.. mengah gak la bila sampai sana. Dah lama tak berlari atau berlari lari anak. Pancit jugak. Alhamdulillah. Managed to get the second clue. Task di Taman Tasik tu merupakan Brain Gym. Apa itu brain gym? Sila google dan youtube ye. Hehe.. Mun tak terlibat dalam aksi - aksi terseksa ini sebab mun jadi jurukamera, ambik video diaorg. Tapi klakar la.. adeh~ Group2 lain pun ada kt tmpat kejadian. Masing - masing dengan gelagat masing2.. Ade yang meniarap la.. ade yang macam menari pun ada. Hehe.. Klakar lah~


Next checkpoint - Jejantas Ampang Point. Task kat situ adalah menterjemah keratan akhbar bahasa Cina kepada Melayu. Pungggaaaaaaaaaaah~ mana nak cari orang Cina yang boleh translate pagi - pagi buta Ahad itu. Adeh.. jenuh gak la ke sana ke mari cari orang Cina. Bak kata Shahir Amin, semua org Cina cuti pada hari tersebut. Jadi takde orang pun untuk translate. Alhamdulillah, akhirnya dapat gak jumpa seorang amoi Cina yang berbaju pink untuk translate. Baru la dapat tau artikel tu pasal pendapatan keluarga. Tapi still tak faham keseluruhan teks sbb dpt tau psl 2 3 ayat je. Then next checkpoint is 7 Eleven dekat dgn KI tu. Kat sini, kitaorg suma dikehendaki translate translation artikel tadi ke Bahasa Korea plak. Kawasan 7 Eleven tu mmg kawasan Korea tp pagi2 ni agak sukar nak cari orang Korea. Depa bangun lewat kot.. Dalam dok melilau cari orang Korea, akhirnya kitaorg berjaya jumpa pakcik ni. Dia sangat2 la helpful. Amazingly, pakcik ni mempunyai kebolehan bertutur dalam 4 bahasa - Bahasa Korea, Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Perggggggggggggh! Pakcik, awat la kami tak jumpa pakcik awai2.. Kalau dak, kami dah habeh lama dah 2 tasks. Adeh.. Yang buat mun terharu adalah kesungguhan pakcik tu nak menolong kami translate dan faham teks tu. Kitaorg ni dh risau dah sebab kumpulan - kumpulan len dah tak nampak batang hidung dah. Sah2 kitaorg yg last grup yang belum sampai. Nak2 lagi, Azam dah call suh balik KI. hehe.. 


Sesi terakhir adalah sesi bersama Kak Nani berkenaan Ketegasan vs Permisif , Ganjaran vs Hukuman. Sesi ni adalah sesi yang paling mun tunggu sebab padanya kita akan tahu how and when to use rewards, punishment dan keadaan yang memerlukan ketegasan. Apa yang dapat mun simpulkan di sini adalah untuk menjadi seorang Khalifah dan Abdi Allah yang cemerlang, kita harus ada kriteria ni:
  • Sabar
  • Istiqamah
  • Kawal Marah
  • Jangan mudah putus asa
  • Sentiasa bersangka baik
  • PALING PENTING: Percaya/Yakin pada Allah
Pada mun, kriteria di atas insyaAllah menyempurnakan kita sebagai makhluk Allah yang tidak akan pernah sempurna.  


Sesi yang terakhir adalah sesi Resolusi dengan Ibrahim. Personally, I like his style of conducting this session. Macam sesi sentuhan qalbu pun ade. hehe..Ianya buat mun dan rakan - rakan lain reflect diri masing - masing. Kitaorg dikehendaki melengkapkan graf shaping untuk diri masing - masing. InsyaAllah, mun akan cuba sedaya upaya mendidik dan membentuk diri mengikut graf tersebut. Semoga Allah permudahkan urusan. Ameen..


Majlis TOT diakhiri dengan majlis graduasi yang penuh adat istiadat. Memang gempak lah majlis graduasi/majlis penutup. Tak pernah dalam sejarah TOT, majlis penutup diadakan dengan penuh gemilang. Satu pencapaian buat kami semua yang menghadiri TOT kali ni. Benar TOT kali ini lain daripada yang lain kerana ianya Edisi Khas. Takkan dapat kat mana - mana. Kan? ;). Majlis penutup telah dihadiri oleh Dr. Alini, salah seorang pemegang Amanah Khalifah Institut. Dr. Alini banyak memberi nasihat serta galakan yang tidak berbelah bahagi kepada pembangunan Khalifah Youth Circle. Terima kasih yang tak terhingga Dr. Alini di atas kepercayaan dan ilmu yang diberi. Semoga Allah memberkati usaha murni Dr. Alini untuk mengembangkan ilmu Khalifah yang berakarkan al-Quran dan as Sunnah. ;).


Rasa syukur yang tak terhingga kepada Allah kerana menghantarkan mun ke KYC TOT minggu lepas. Banyak yang mun belajar. Seterusnya, usaha yang perlu mun buat adalah untuk internalizekan apa yg telah dipelajari. Tak guna ilmu itu ada dalam diri tapi tak dipraktikkan. Rugi. 

Semoga Allah memberkati usaha dan ukhuwwah kami dan ampunkan segala dosa kami. Jadikanlah kami Khalifah yang cemerlang dunia dan akhirat. Ameen...

 p/s: I love all of you! ;).

Monday, May 09, 2011

Sad

It's sad when you see someone you love being sad or hurt.


It really breaks my heart.


Allah knows best.


May Allah heals those heart of my loved ones.


Ameen...

T___T


p/s: La Tahzan

Sunday, May 08, 2011

Fast and Furious 5

Alhamdulillah. I had fun today!

Really glad about that.

I watched Fast Five just now with my twin sister, Adik.

Personally, I love driving and I love fast car.

Heeeeeeeeeee~

Kalau angin kus kus datang, memang laju la bawak keta. Bad me! Bad me! :p.

Bila tengok Fast 5 tadi syok tak terkata.

Fast 5 kali ni menggabungkan hero - hero(in) yang pernah membintangi Fast and Furios 1 sampai la 4. Memang best gila.

For those yang minat kereta dan aksi lasak seperti tembak - tembak, guling - guling, boleh la pi tengok Fast Five. Memang tak menyesal.

Antara yang aksi menarik dalam filem tersebut:

1. Vin Diesel agak berisi berbanding Fast and Furios sebelum - sebelum ni. Ape Dom dah put on weight sebab Letty meninggal ke? Kesian Dom. Haaa...tau dak sape Letty? Sila google ye untuk jawapan itu. Hehehe..
Hint: Fast and Furious 4

2.  Vin Diesel pandai buat muka macho walaupun kena kejar dgn geng kaki pukul di Rio dan polis. Hensem habis la Vin Diesel time dia lari atas bumbung tu. Lari langsung tak nampak macam muka 'aku-cuak-sebab-ramai-giler-nak-tangkap-aku'. Sambil lari pun boleh control hensem lagi beb. Cayalah!

3. Abang Paul Walker nampak tua. Adeh.. dalam cerita ni dia nampak sedikit serabai. Kot ye pun nak jadi Daddy, kasik la hensem sket. Dari Fast and Furious 1 nampak macam tiang telepon je. hehe

4. Banyak giler keta - keta yang hensem, macho dan menawan. Macam dalam Too Fast, Too Furious (kalau tak salah mun la), ada banyak keta yang smart abis. Tapi untuk Fast Five ni, keta - keta dia lagi canggeh. Tak cukup keta, moto pun ade beb! Ditunggangi oleh seorang cewek yang cun. 
Tengok cite ni kene banyak istighfar sebab ade la adegan yang tutttttt dan tutttttttttt... Haish~ sabo je la kan.Nasib baik tak banyak sangat adegan - adegan tu.

5. Cerita ni menepati citarasa mun, sebab aksi pemanduan kereta yang banyak. In other words, action speaks louder than words. Haha. I speaking London a bit lah.. Baru tengok cite orang putih la katakan. :P. 

Seriously, anda, anda dan anda yang belum tengok tu... sila lah tengok. Memang tak menyesal. Best! Mesti excited macam I. hehe

Okay then.tata. 

 

Saturday, May 07, 2011

To my beloved Ma, Pn. Mahani Abdul Rashid


Hope my mun like this card as I do.
As usual.
Theme: Less is More.
Ma, I love you always.
May Allah bless you always.
Thank you for everything. 
I can never live without you.
And sorry for anything that have made you heartbroken.

Yours sincerely,
Kakak

*** Picture above is copyright reserved by ALLAH and a.n.a.k.b.u.l.a.n.

Thursday, May 05, 2011

Akhirnya.... selesai

Alhamdulillah...

Tepat pukul 10.50 malam, hari khamis (malam jumaat), tanggal 5 Mei 2011 usai sudah urusan Seri Paduka Baginda. 

Selesai urusan research proposal.

Syukur pada Mu ya Allah.

Atas nikmat dan ilham yang telah Engkau berikan padaku.

Saat aku jatuh...

Saat aku bangun...

Mencari semangat untuk terus berjuang.

Alhamdulillah!  

Wednesday, May 04, 2011

Sikit lagi mun....

Go mun go!

You can do this!

Setelah berkurun lama, this is the time!

Sikit je lagi...

Semangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat!

Fuh~ fuh~ 

;).

Till we meet again, I wish that Allah bless you in whatever good deeds that you do...

I have few people that keep on crossing my mind lately.


I begin to remember their faces, their good deeds... good old memories...


Ntah bila kita akan berjumpa lagi... *Sigh*


I wish that Allah bless (all of) you in whatever good deeds that you do.


and I pray that you will be under the lights and guidance of Allah.


Ameen...


Love, 
Munira

 

Nak tengok! ;).

Nur Kasih, The Movie should be as interesting as its series on TV3. Saya mahu menontonnya, anda bagaimana? 

**Save the date: 19th May 2011

wink wink

Watch the Nur Kasih trailer:

 

Nur Kasih: Tizz Zaqyah & Yasin


Tuesday, May 03, 2011

Rezeki... Alhamdulillah! ;).

Linda Onn: "Pernah menang apa - apa di Suria dalam 30 hari ni?"

Me: "Tak. Tak pernah"

Linda Onn: "Jadi, dah dengar pembayangnya?"

Me: "Dah"


Linda Onn: "Pembayang yang mana satu?"


Me: "Ketiga - tiga lagu."


Linda Onn: "Wahhhh... Ok, jawapannya?"


Me: "Tahun 2011. Tahun ni."


Linda Onn: "Pasti? Bukan hujung tahun 2010?"


Me: "Pasti. Sangat pasti."


Linda Onn: "Tahniah Munira. Anda telah memenangi RM100 sumbangan Minyak Masak Saji dan sebuah cakera padat."


Me: "Terima kasih Suria."


Itu apa yang terjadi dalam masa 30 minit yang lepas. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Tidak salah untuk usaha. Selebihnya kita serah pada Allah. 


Terima kasih ya Allah! ;).

Monday, May 02, 2011

Eat Pray Love... Alhamdulillah!

These are the things that I've done with my good friends last weekend. Enjoy the pictures!

Zoo =D.
















 Ziarah Seremban








 Alhamdulillah, thanks to Allah for the beautiful life. =).
Thank you everyone who have made me smile.
May Allah bless us and our friendship.

***All pictures are copyright reserved by ALLAH and a.n.a.k.b.u.l.a.n.