Life in Ads =).

Thursday, October 07, 2010

Kebelakangan ini

Jam di laptop sudah menunjukkan pukul 1.09pagi, 8 Oktober 2010.

Hah.. kebiasaannya waktu macam ni dah selamat di ulit mimpi. Belayar dengan bahagianya.

Tapi tidak pada malam ni.

Dari petang tadi berkira - kira untuk menulis. Tapi jari jemari ini semacam biasa. Kaku di pertengahan jalan.

Kebelakangan ini .....

1. rumah tangga agak serabut. Kusut masai. Bilik bersepah. Macam sarang tikuih (perumpaan yang terbaek boleh digambarkan). Baju tak tersusun rapi. Tidak seperti minggu - minggu lalu : Baju kurung untuk pegi kerja di iron dengan rapinya untuk 5hari bekerja seminggu.

2. kurang idea - idea bernas untuk dizahirkan pada kertas research proposal. Buntu. masih lagi mencari nur dan hidayah. Moga Allah berikan kesabaran dan sifat untuk terus berjuang dalam diri. Semakin baca artikel - artikel, semakin confuse apa yang nak dibuat. Sisa masa di tempat praktikum cuma tinggal kurang dari 14 hari bekerja. Report belum buat. Log book tak dikemaskini. Apa nak jadi?

3. kurang nikmat makan. Kehilangan rasa untuk menikmati makanan yang dikunyah, dan kemudiannya ditelan adalah sesuatu yang sukar ditafsirkan. Tenggelam punca dan arah. Allah mahu menguji kau tu syukur ke tak dengan nikmat yang dah diberi. Itu pun tak fikir ke? Cubalah muhasabah diri dan cari kesyukuran di sebalik kehilangan sementara nikmat yang Allah bagi. Ended up, ganti puasa yang sebanyak - banyak hari itu (banyak sangat ke?) supaya tak terasa kehilangan nikmat tersebut.

4. jadi sangat cengeng. Sikit - sikit nak nanges. Sikit - sikit nak nanges (perlu la ulang ayat di atas sebanyak 2 kali ye). Benda kecik pun nak nangis. Ye, memang mun cengeng. Pada yang tidak tahu apa itu cengeng, cengeng tu bermaksud suka menangis. Itu cara yang mun amalkan dari kecik- kecik dulu. Belum sempat bukak mun nk defend diri atau katakan sesuatu, gedung ayaq mata dah bukak dulu. Mata berjujuran air mata jatuh ke bumi. Orang cakap sket je, mata dah start berair. T__T

Ya, dan semua tu yang kebelakang. Yang kedepannya harus bagaimana? Mudah - mudahan yang baik - baik saja. Itu yang mun mintak.

Ya Allah, Engkau Maha Pengasih, Engkau Maha Penyayang. Permudahkanlah urusan - urusan ibadahku, amalku, research proposalku, practicumku, hubunganku dengan-Mu, hubunganku dengan mereka - mereka yang berbuat baik padaku, hubungan mereka - mereka yang sayang padaku. Amiin Ya Robbal 'Alamin.

Mun, tidoq~
Ye, baek!

No comments:

Post a Comment