Life in Ads =).

Friday, September 14, 2012

Duta Keluarga :)

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah beri.

Bulan Syawwal pun dah sampai di penghujungnya.
Buat yang dah puasa enam, syukur alhamdulillah dan tahniah diucapkan.
Buat yang dah qada' puasa di bulan Syawwal, semoga Allah terima amal ibadah anda.

Seminggu selepas hari raya pertama, mun dah kembali ke Taman Ilmu dan Budi. 
 Raya ala qadrin, dan kembali meneruskan perjuangan di bumi Gombak.
Alhamdulillah, sekarang tinggal prosedur sahaja. 
Tak perlu pening kepala depan laptop, kerah otak, keluarkan idea atau buat pembetulan.
Syukur!

Sekarang ni banyak penuhkan masa untuk aktiviti - aktiviti bantu membantu di kala buntu. 
Tolong rakan - rakan dengan kerja - kerja pejabat.
InshaAllah, next week jadi peneraju untuk Khalifah Youth Training ke 15.
Sudah berjanji, jadi harus diketupati ditepati.
Semoga Allah permudahkan urusan minggu depan.
Berat rasanya tugas yang diberi. Sesungguhnya rasa diri ni amat kerdil.
Tapi kita tak tahu potensi diri kita sehinggalah kita 'cabar' diri kita untuk lebih maju. 

Sepanjang di KL, banyak jugak rumah yang dikunjungi. Rumah adik beradik dan rumah kawan - kawan. 
InshaAllah, esok yang terakhir di Kota Damansara, rumah makcik.
Since adik beradik sepupu sepapat banyak di area KL, sudah menjadi tanggungjawab mun dan adik mun untuk singgah ziarah rumah tok - tok sedara, pakcik - makcik, sepupu sepapat. 
Tahun ni tak sempat lagi sebab adik mun belum turun KL.
InshaAllah, hujung bulan ni baru boleh. Itupun separuh hari.
Takpa, niat dah ada.

Parents pun dok jauh, susah nak jalan - jalan kat KL. Jadi anak - anak mengambil posisi duta kecil keluarga untuk ziarah sedara mara.


Semoga Allah permudahkan usaha untuk menjadi duta keluarga di KL. 
Aameen :)