Life in Ads =).

Sunday, November 20, 2011

Mun tahu kalau Mun tak tulis entri ni, Mun ...


lupa nanti


Alhamdulillah, hari ini dan semalam adalah hari - hari yang sangat bermakna buat Mun. Mun telah hadiri 1 kursus Pembandingan Agama (Comparative Religion) anjuran World Assembly of Muslim Youth Malaysia (WAMY) dan Sultan Haji Ahmad Shah Mosque, IIUM bertempat di Moot Court, AIKOL. 

2 minggu sebelum tu mun nampak banner untuk program ni kat area centre campus. Dalam hati dok cakap : "Nak pegi ke tak? Nak pegi ke tak? Kalau pegi, nak pegi dengan sape? Tak syok la nak pegi sorang - sorang. Kan?"
Alhamdulillah, mun berjaya ajak my partner in da'wah. Siapa lagi kalau bukan Zarina Zaimi. ;). Thank you so much dear for your interest, time and effort. I know its hard for you to make decision. May Allah reward you accordingly.Dan akhirnya, beli tiket. 

Dan tibalah masa untuk hari kejadiaan. Tak sangka kursus tu ramai peserta. Almost 500 participants okey! No jokes. I think, one of the reasons is because of the speaker(s) - Br. Shah Kirit. I got to know Br. Shah Kirit when he gave a Maghrib tazkirah at Khalifah Institute. He is a revert (for 15 years). The topic for tazkirah was on obligation to do da'wah. I was amazed by his character especially his capablities. FYI, he knows contents of al- Qur'an, Bible and other Holy Scriptures. MasyaAllah, he is such an amazing person. May Allah bless him.

These are some of the important points that I got from the course:

1.  Sebab apa kita perlu berda'wah?
Antaranya: Kita di kelilingi oleh ahli keluarga, kawan, rakan sekerja yang    BUKAN Islam. Dan ianya SATU tanggungjawab untuk kita sebarkan agama kepada yang BUKAN Islam. Paling menyentuh hati mun adalah bila Br. Shah Kirit menangis, mengingatkan dirinya nanti bila ditanya Allah, adakah cukup usaha - usaha yang dia dilakukan untuk sampaikan agama Islam (i.e. berda'wah). Astagfirullahal'azim. Bayangkan Br. Shah Kirit yang dahulunya bukan Muslim boleh cakap macam tu. Malu sungguh dengan diri mun yang dilahirkan sebagai Muslim, dibesarkan dalam suasana Islam tak boleh rasa macam tu. T_____T Mun tak nak nanti depan Allah, mun tak tau nak jawab apa. Allah dah bagi macam - macam dalam hidup tapi tanggungjawab di muka bumi, tanggungjawab sebagai Khalifah dan 'Abid Allah tak dilaksanakan. Nauzubillah...

2. Da'wah ni bukan SETAKAT tanggungjawab orang yang bergelar USTAZ atau USTAZAH. Anyone can be a DA'I. Provided orang tu cukup ilmu dan kemahiran untuk berda'wah. 

3. Bertukar binti/bin selepas memeluk Islam adalah sesuatu adat atau norma. Dan ia bukannya AJARAN Islam. Jadi kita tak boleh paksa seseorang Mualaf untuk tukar nama bapa dia kepada Abdullah. Silap - silap haribulan, orang yang nak memeluk Islam lari sebab benda - benda remeh ni. Heh~ Br. Shah Kirit ada share tentang pengalamannya masuk Islam. Dia pelik dan reason kenapa perlu tukar bin kepada Abdullah. Tak boleh ke retain je nama bapak dia? Then dia tanya daripada ustaz dan 'alim dan akhirnya dapat jawapan ianya bukanlah satu syarat setelah masuk Islam. Ianya satu adat. Jadi, dia pertahankan nama bapa dia dan alhamdulillah selepas 6 bulan fight untuk case ni, dia berjaya.

4. Perbezaan Islah dan Da'wah. Sebelum ni, mun berpendapat bahawa kalau program agama untuk orang Islam adalah Da'wah tp ianya salah. Konsep da'wah adalah menyeru orang BUKAN Islam kepada Islam. Islah pula, program berunsurkan agama Islam yang ditujukan kepada orang Islam. Jadi worldview mun dah dibetulkan. Hakikatnya, kat Malaysia ni, program Islah tu banyak tapi program Da'wah tu sikit sangat - sangat. Bila fikir - fikir balik, betul jugak. Mun banyak terlibat dengan program Islah tapi tak pernah pun terlibat dalam program da'wah. 

5. Bila kita nak berda'wah, kita kena terus terang andai kita tak tahu jawapan kepada soalan yang ditanya oleh orang bukan Islam. Cakap saja tak tahu DAN jelaskan jawapan bila dah tahu. Bila dah tahu tu maksudnya kita kena la buat homework lebih sket. Secara tak langsung, kita akan lebih tahu pasal sesuatu hal dan kita pun bantu orang bukan Islam untuk tahu tentang Islam. 

6. No knowledge in something doesn't mean that you cannot do anything. Specifically, no knowledge in Islam (thoroughly)/da'wah does not me you cannot do da'wah.

7. Terdapat salah pemahaman terhadap Islam yang membuatkan orang bukan Islam keliru atau takut untuk mendekati Islam. Antara asbabnya: Media, prejudis, Islam dan Muslim (orang Islam) - tak semestinya orang Muslim itu Islam, kisah politik (bila politik diagamakan), pemberian fatwa daripada orang yang tidak sepatutnya. 

8. Betapa hebatnya al-Qur'an sebab di dalamnya terkandung fakta - fakta yang tiada disangkal kebenarannya. Subhanallah! Speechless.

9. Whatever TRUTH comes, TAKE it and SHARE it! Truth here means Islam, our way of life. Don't waste it. After all, kita nak hidup kat dunia ni sementara saja. Hidup selepas dunia adalah lebih kekal. 

10. A request by Br. Shah Kirit: " Don't be a Muslim by CHANCE, be a Muslim by CHOICE!"

Kursus ni ada 3 phases dan pada mun, ianya permulaan. Permulaan untuk sesuatu yang lebih baik. Mun doa agar Allah tetapkan iman mun, Allah tetapkan mun di jalan kebaikan, Allah tetapkan mun istiqamah dalam menjalankan kebaikan. Ameen. Andai ada yang berminat nak join kursus ni, let me know k. InsyaAllah, mun bantu. ;).

Apa yang mun coretkan di atas adalah apa yang mun dapat. Mun mungkin tersalah dalam penafsiran. Betulkan mun andai mun tersalah. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, yang buruk tu pastinya daripada Mun. Wallahu 'alam. Terima kasih kerana sudi baca entri ni. Semoga dapat manfaat daripadanya. Barakallahu fiikum...

No comments:

Post a Comment