Life in Ads =).

Tuesday, April 26, 2011

Sensitif?

Semenjak kebelakangan ni, mun perasan hati kulit mun sangat sensitif pada keadaan fizikal & persekitaran) dan psikologi diri mun.

Yep, mun stress lately.

Mun perasan tiap - tiap hari mesti kulit rasa gatal - gatal. Kadang - kadang tu bersebab, kadang - kadang tak bersebab atau tak dapat dikenalpasti sebabnya.

Hairan. Ajaib.

Dulu masa mula - mula masuk matric, mun diserang sakit eczema (sejenis penyakit kulit atau nama glamornya elergi)/ Ianya bermula pada suatu malam setelah menjamah nasi goreng ayam kicap di salah sebuah kafe kat matric tu. Time tu seluruh badan dah bengkak - bengkak. Series rasa badan nk meletup sebab bengkak yang teramat. Eczema menyerang sampai tahap mata jadi sepet dan merah. Phew~

Dek kerana mendapat Postan (pain killer) dan  daripada pihak klinik UIA (Klinik UIA memang banyak stok ubat ni ye, sekian terima qaseh), mun buat keputusan untuk mendapatkan rawatan luar. Haaa.. skali kene cucuk ubat daaa... sebabnya? Sebabnya eczema tu memang dah teruk tahap gaban dan power rangers. 

Since daripada peristiwa itu, maka mun pun telah memantangkan diri dengan tidak mengambil makanan - makanan yang berasaskan ayam, ikan - ikan berbisa (tak kira la ikan tu originated dari sungai ke laut ke parit ke) dan juga seafood. Perrrrrrrrrrrrrrgh! Betapa kuciwanya diriku ini pada awal - awal kejadian itu. Sedih gak la. Di hati ini hanya Tuhan yang tahu (lagu UNIC ;p.) betapa rasa kuciwanya bila pi tempat yang disediakan/dijual yang tiada masakan berasaskan daging (sebab daging je bleh makan time tu). Stress pun ia jugak. 

Family mun boleh kata kulit kami ni agak sensitip la. Pa adalah orang yang paling lama skali kena eczema, since dia umur 35 tahun. Tapi mun kena eczema start umur 19tahun. Bila mun discover yang mun kena eczema, mun bagitau kat Pa. Pa bunyi macam sedih mengenangkan nasib anaknya yang jauh di perantauan itu kena eczema pada usia yang agak muda. 

Walau apa2pun, mun rasa ada hikmah atas apa yang Allah dah takdirkan dalam hidup mun i.e. tak boleh makan ayam dan seafood. Akibat berpantang, mun telah turun berat badan. Mungkin ianya salah satu faktor la. Faktor - faktor lain seperti berjauhan dari masakan  rumah dan lauk pauk yg dijual kat cafe kolej tak menepati piawaian darahku. hehe...

Mun agak kuat berpantang laa sebab takmau jatuh sakit, tanak garu - garu, tanak bengkak - bengkak badan. Dan alhamdulillah, lepas mun grad dari UIA, mun boleh makan ayam dan seafood balik. A big SYUKUR over there yaaa! Alhamdulillah. Memang Allah bagi keajaiban kat mun. Seriyes! :D.

Cuma sekarang ni kenalah berjaga - jaga kalau makanan. Mun fikir Allah nak remind mun supaya makan ikut keperluan dan bukan ikut nafsu. ;). Penyakit eczema tu still ade cuma dah kurang aktif. Tapi kalau mun stress ataupun terlebih makan udang ke, kerang ke, sotong ke, ianya akan naik tapi sket - sket je la.. 

Lagi satu, mun agak elergik kat habuk - habuk dan juga tanah. Orang cakap kalo alah dengan habuk tu umpama miang dengan habuk tu. Ini bukan bermaksud saya gatal dengan habuk ye. Bukan nak bermanja- manja dengan habuk ye. Sekian. Pasal tanah tu plak, mun bukannya nk berlagak jadi anak orang kaya ye. Nak duduk - duduk dan jadi hebat. Oh tidak, jangan di salah ertikan ye. Dulu time blajaq Pertanian dalam Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) tu ade gak la try gemboq2 tanah tu tapi tak lama la.. Lps tu confirm gatal - gatal tangan. Huhu.. Takpalah... tak dapat berbakti kepada tanah, berbakti kat benda lain pun ok kan? hehe...

Jadi, apa moral of the story? 

Jangan makan ayam banyak - banyak? No.
Jangan pi klinik UIA kalau sakit? No. Tett.

Duduk diam - diam ubi berisi saja apabila orang lain sibuk berkebun bagai. No.

Jawapan: Bersyukurlah dengan setiap apa yang Allah kurniakan dan bersyukurlah dengan setiap ujian yang diturunkan oleh Allah. Dia tu Paling Mengetahui sedangkan kita ni lemah, tak tau apa - apa. Apa yang penting adalah sabar dan cari jalan keluar untuk mengatasi masalah tu. Ambik positive intervention. Cewah.. speaking london bridge plak.. 

Eh mun, ko bukan tengah taip proposal ke?

*wink*wink*

2 comments:

  1. salam kak mun.. x sangka kite ni satu spesis! ya ampun.. patutlah boleh klik.. ;p mase ina study dulu, asyik2 kena gatal2. bukan kata seafood dgn ayam, belacan pun x leh! sedih btul bile kena pantang mkn laksa ;( sbb my favorite. tp alhamdulillah, getting better la ni. mungkin faktor usia mematangkan darah (ada ke?) well, whatever.. my point is - kita serupa.. ;)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Ina. MasyaAllah,Ina pun ade eczema gak ke. Tak sangka betul. Akak rasa orang2 yang kulit mcm kita ni mmg ada tendency utk dpt eczema la.. yeah, maturity predicts our blood i guess. haha! and yes, we are alike! i loiikkeeee!

    ReplyDelete