Life in Ads =).

Wednesday, August 31, 2011

Salam Eidul Fitri

Maaf Zahir dan Batin
 
 
 
p/s: Puasa 6 di Bulan Syawal yok!;).

Monday, August 15, 2011

Sometimes,

it hurts. Period.
 
 
 
 
p/s: La Tahzan, Mun!

Sunday, August 14, 2011

I'm currently

listening to this


;).

With my partner in Da'wah


InsyaAllah, this weekend we are going to visit our Muslim brothers and sisters in a neighbouring country.
May Allah bless and protect us. 
Ameen...

Wednesday, August 10, 2011

Kuala Lumpur (baca: Shopping raya untuk keluarga tersayang) ;).

"Assalamualaikum....".
"Waalaikumussalam...."
"Nak pergi mana?"
"Sogo"
"Oh... KL"


*Senyum*


Ya, semalam mun ke KL (baca: Sogo dan Jalan TAR). Sorang - sorang. Sudah biasa begitu. Mun bukan anti-sosial. Ada kawan yang mahu pergi, tapi dia ada urusan lain. Tak mengapa. Seronok (baca: kadang - kadang) jalan sorang - sorang. 

Naik pengangkutan awam (baca: bas) selepas waktu kemuncak adalah seronok. Tak de nak jem sana, jem sini. Mun pulak suka observe orang bila naik pengangkutan awak. Especially bila naik bas. Biasanya mun akan buat latihan KATA HATI (baca: Khalifah Method) selepas observation dilakukan. Seronok! Nak tau apa itu KATA HATI? Boleh tanya kat mun ye... hehe.

Tiba di satu bustop, ada sorang mamat Indo (baca: Indonesia) ni naik bas dengan senaskah kertas putih di tangan beliau. Hmmm.. menarik kertas putih tu.. Ada tulisan besar, besar.. Beliau duduk di sebelah kiri bas. Mun pulak duduk di sebelah kanan. Dek matahari yang mula mengarang panasnya, mamat Indo tadi tukar tempat duduk beliau. Beliau duduk di hadapan seat mun.


Jadi, mun dapat la kesempatan untuk lihat apa yang tertulis di naskah yang beliau pegang dan baca dari tadi. Rupa - rupanya naskah itu berupa naskah tazkirah agama.MasyaAllah... Simple gila.. hanya bertulisan marker saja. Secara general, naskah tu fokus tentang hidup beragama, zikir, solat, berbuat baik. Simple sangat. Hanya black and white. Mun fikir, zaman teknologi yang canggih manggih sekarang ni pun masih ada yang buat naskah dalam bentuk black and white (baca: marker) saja. Well, nak berdakwah itu tak perlu nak canggih manggih sangat. Memang ada bonus value la andai kita dapat buat naskah untuk berdakwah yang fancy, tapi mun nampak situasi tu, terus mun muhasabah diri. Ponder upon myself : Mamat Indonesia tu mungkin bekerja sebagai buruh atau kuli saja, tapi beliau ada inisiatif atau kemampuan untuk membaca naskah dakwah tersebut. Pakaian beliau takdak la rugged sangat. Hanya t shirt dan seluar jeans saja. Macam pekerja - pekerja Indonesia yang lain. Mun fikir, barangkali diaorang (baca: pekerja - pekerja Indonesia yang gajinya cukup untuk mereka dan keluarga mereka) pun ada jemaah mereka sendiri untuk urusan tarbiah dan dakwah. MasyaAllah. Kagum sangat. Ianya buat mun berfikir, apa yang mun dah buat untuk sebarkan agama Allah ni. Allahu Akhbar.Semoga Allah berikan kesempatan dan kemudahan untuk berdakwah. Ameen...


Jalan (baca: Jalan Chow Kit) dah mula nak sesak. Mun tengok jam, pukul 12tghri. Patut lah. Kiri kanan jalan penuh gerai - gerai. Jualan raya dah mula. MasyaAllah. Sorry to say, nampak jalan - jalan tu penuh dengan umat manusia dari negara lain (baca: Bangladesh, Indonesia). Bekerja atau shopping raya barangkali. Jalan Chow Kit dan Jalan Tunku Abdul Rahman memang menjadi tumpuan orang ramai setiap kali ada perayaan. Meriah. Hakikatnya orang kebanyakan (baca: orang biasa) macam mun ni memang suka dengan Jalan TAR. Barang - barang kat Jln TAR dijual dengan harga yang amat murah. Boleh tawar menawar. Cuma harus hati - hati nak membeli (baca: pandai tengok kualiti barang). 

First pit stop was Sogo. Sogo ni boleh kata tiap - tiap hari (baca: 365 hari, setahun) sale. Tak hairan lah ramai yang buat membership card dia (Baca: Dua tahun = RM24). Hehe.. Mun ke Sogo untuk tengok wallet untuk Pa. Kesian kat Pa, wallet dah koyak - koyak. Tapi Pa memang maintain comel (baca: sayang benda yang anak - anak bagi). Tak tukaq - tukaq wallet sampailah anak - anak bagi. Sayang punya pasal. Hehe.. Then, terdetik dalam mun dan adik mun (baca: the one and only adik kembaq) nak beli wallet. Memang tak mampu nak beli hat mahal - mahal (baca: Bonia, Braun Buffel dan yang sama waktu dengannya). Alhamdulillah lepas offer (baca: 60% diskaun), dapat harga yang berbaloi - baloi. Terbaik woook~~~ :D. Parents selalu pesan, kalau kita nak bagi kat orang lain, kita bagi yang terbaik (baca: 'ala qadrin). InsyaAllah, kakak akan bagi yang terbaik dalam hidup. 


Lepas Sogo, pegi plak gerai - gerai Jalan TAR. Nasib baik la kali ni nafsu membeli berjaya dikawal. Lagipun mun bershopping ni ikut mood. Mun jarang membeli sebenarnya. Kalau beli pun, mungkin sebab benda tu dah rosak/huih(baca: haus) atau memang perlu. Mun ni jenis orang yang suka berjalan - jalan. I'm not into things sangat. ;). Bila dah kat Jalan TAR tu, hujan mula turun. Brooommm~ (baca: metafora untuk hujan yang biasa - biasa saja lebatnya ;p.)... Dengan tidak berpayung tu, mun pun redah la gerai - gerai kat Jln TAR. Misi seterusnya: cari hadiah untuk Ma, Tok dan Aunty Kay (baca: makcik mun yang jaga tok mun). Hmm... dalam otak, ligat dok pikiaq apa nak beli. Ma tak pakai tudung alien (baca: Tudung Instant), jadi brooch adalah calon barang yang terbaik. Tok dengan Aunty Kay rugged. Janji kat Kedah takdak benda tu.. Baru up to date sket. hehehe.. Akhirnya mun jumpa gerai yang jual brooch yang dangling (baca: brooch yang orang la ni dok pakai). Rembat la dalam 2 3. Yang tok punya bagi yang kurang dangling. Nanti naya plak, orang cakap tok ni rugged tak pasai - pasai. Hikhik.. Cucu dia punya pasai la neh.. tsk.. tsk.. tsk.. hehe.. Then, last skali beli brooch kat Ma. Untuk mun takkan tadak? Memang tadak (baca: tak beli apa langsung untuk diri sendiri). Ntah, rasa dah cukup. Dengan belanjawan negara yang kian meruncing, mun prefer beli 1 2 barang ja. Lagipun, dalam Islam kan dah cakap, hari raya tu 1 hari je (baca: 1 Syawal). Alhamdulillah 'ala kulli hal. 


Ramadhan pun dah masuk hari ke 11. Dah nak masuk pertengahan bulan dah. Alhamdulillah, seronok. Sungguhpun berhadapan dugaan [baca: proposal yang _________ (sila isi tempat kosong), masih ada motivasi diri untuk terus memperbaiki diri, membuat yang terbaik. Thank you Allah! 


p/s: Alhamdulillah, KPI no 2 untuk tahun ni dah berjaya dicapai. Dapat solat di Masjid Besi, Putrajaya. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Marvelous!! Nanti mun share the story mory okeh... Till then, selamat bermujahadah di bulan Ramadhan! ;).





Monday, August 08, 2011

This made me :D.

Bismillahirrahmanirrahim

This video made me smile
Made me feel motivated
Yeah!
May Allah bless Aiman Azlan and Anwar Hadi for this creative video!



p/s: Dont give up, Mun! Treat each obstacle as POSITIVE REINFORCEMENT. Its for the betterment of dunya and akhirah. May Allah give you the VERY BEST! Ameen 

Sunday, August 07, 2011

Nak quill! Nak quill!

Nak quill!
Nak quill!
Nak quill!

Dah lama tak quill~
Haish, rindu nak gulung - gulung...
Rindu nak main gam...
Rindu nak shred paper...

Sabaq mun sabaq
Habiskan 3rd draft proposal
Skeeeet je lagi...
Then boleh quilling puas - puas

Go mun go!

Fuh~ fuh~ fuh~ 

Heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~ 

*peace*



p/s: Projek Ramadhan ;D.

Thursday, August 04, 2011

Cousin's Wedding - Siti Zulaikha & Faitz

Here are some pictures during my lovely cousin's wedding
I love these pictures as they are beautiful
:D.
























بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Tuesday, August 02, 2011

Motivationally, not motivated

It's all about my research proposal.

At this point of time, I feel that what I've been doing is useless.

Last week, I read paper on mediator and moderator variables in social sciences studies by Baron and Kenny and found that if only I want to see mediating effect of one of my variables, I need to have link between the predictor variable and mediator. The best part was that I don't have that link.

T________________________________________T


So now, I'm left with 3 options:


1. Change one of my variables and find another variable that serves as mediator/moderator to my predictor variable and outcome variable. 


2. Proceed with the present variables and find more studies that link these three variables.


3. Go back to the old proposal that I did during my Research Method; A research on the relationship between work stress, personality and cyberslacking. 


The last option is my last resort and I don't dare to take that option. If I take that option, it means that I have give up with all the work on aggressive driving. 


Once I met a lecturer who taught me Public Administration during my undergraduate years. I was talking to her about my decision to change my topic and she supported the decision. She said, whatever it is, I took the risk already. So, no need to regret about that. Just move on and finish up the proposal.


Hmmmmmmm....


Now, I need that strength, need that support. I tried my best to be the best that I can be.. Ya Allah, please give me strength to overcome this... to complete my thesis. Ameen...


It seems that I can't find my way out... 


Allahu Akhbar

T____T

p/s: I think I've hurt someone's feeling by rejecting her invitation to date. To that person, I'm so sorry. I appreciate your effort to meet but I was busy completing my important task. Would you date me next week?Plissssssh~~~