Perbualan di bawah berlaku sewaktu 2 orang pelajar di sekolah di mana Mun bekerja. Waktu tu, mereka baru selesai mengambil wudhu' untuk solat Asar.
M: Assalamualaikum. Hai!
Pelajar A: Waalaikumussalam, Kak Mun. Kak Mun umur berapa?
M: Err...Kak Mun suka orang teka umur Kak Mun berapa. Cuba teka.
Pelajar A & Pelajar B: Lapan belas (18)!
M: *Hampir pengsan* Ye, betul umur Kak Mun lapan belas ... tambah 12. Hehe...
Pelajar B: Jadi.... umur Kak Mun *muka berfikir*
Pelajar A: 30!
M: Ya. *muka senyum*
Pelajar A: Kak Mun dah kawen?
M: Nope. Not yet.
Pelajar A: Kenapa Kak Mun belum kawen?
M: Belum jumpa jodoh yang sesuai lagi.
Pelajart A: Takkan Kak Mun tak ade boyfriend?
M: Kak Mun ada ramai kawan lelaki. Kawan lelaki Kak Mun ada yang dah kawen, ada yang dah bertunang.
Pelajar A: Oh... Habis tu Kak Mun tak nak kawen ke?
M: Nak. inshaAllah. Kalian nak solat Asar kan? Boleh tak Kak Mun mintak kalian doakan Kak Mun supaya dapat jodoh yang baik dan beriman. Boleh?
Pelajar A & Pelajar B: Bolehhh! :) *dengan nada penuh semangat okeh!*
M: Alhamdulillah. Thank you. May Allah bless you.
***
Mun rasa sangat - sangat terharu bila anak - anak tu semangat untuk doakan Mun. :')
Allahu Yassir!