Life in Ads =).

Tuesday, September 28, 2010

Hati berbisik

Psstt...

Hati berbisik.

Iya.

Apa?

Rindu.

Pada siapa?

Dia.

Iya.

Dialah.

Psstt..

Apa lagi?

Sudah - sudahlah.

Baek~

Sunday, September 05, 2010

Menjelang Syawal...

Lagi 3hari, insyaAllah, Syawal akan datang menjengah.

Ramadhan pulak, hanya tinggal kenangan.

Rasa sedih ada.

Rasa sebak pun ada.

Nak tinggalkan Ramadhan.

*Sob.. sob*


Pejam celik, pejam celik. dah nak habis Ramadhan rupanya. Kali ni mun tak rasa nk beraya. Apa yang mun rasa? Rasa berpuasa. Alhamdulillah. Bulan ramadhan kali ni nampak lebih baik dari tahun sudah. Ini seriyes! Alhamdulillah... syukur Allah bagi kesempatan untuk rasa nikmat berpuasa dan hidup dalam bulan Ramadhan. =D.

Bila dah di penghujung Ramadhan, mulalah orang sibuk sibuk dgn persiapan utk hari raya. Kueh raya, Baju raya, duit raya dan semuanya raya! Huhu. Semalam, mun berkesempatan ke Jln TAR (tempat paling pemes utk orang membeli belah dengan jayanya bila tiba musim perayaan). Mun ke sana temankan sepupu mun. Dia nak cari tudung. Bila sampai kat Semua House tu dah tengok betapa padatnya setiap ruang dengan manusia. MasyaAllah.. Macam pesta. Bila keluar ke jalan besar (i.e. Jalan TAR) tu lagilah padat. Kepadatan yang melebihi saiz ketumpatan jalan tersebut. Wohoo~ Ayat penuh saintis.Haha. One thing came out from my inner speech "Ya Allah, gerunnya tengok orang membeli belah. As if they are barbarian" Astaghfirullah alazim. Tak layak pn cakap begitu. Tapi itu yang terdetik dalam hati.

Kecik - kecik dulu beria gak bila time nak raya. Zaman budak - budak. biasalah... nak itu ini, semuanya baru. Bila sepupu - sepupu pakai baju branded, mulalah hati meronta - ronta nk baju mcm diaorg. Mintak kat parents, parents cakap takpalah. Itu depa. Kita pakai je la apa yang kita ada. Sila take note ye, zaman ni zaman kanak - kanak ribena. Ape yang tgh trend, yang tu gak la yang diidamkan. Pernah gak mempersoalkan pasal isu tu. Tapi sebagai anak, tak patut buat macam tu. I'm sorry, Pa and Ma. Tak berniat pun nk mempersoalkan dan sebagainya. Darah muda la katakan. [Ayat mencover line ;p.]

Bila dah besaq ni, pemikiran dah berubah, baru tersedar dgn segala nikmat yg Allah bagi. Syukur sbb Allah timbulkan rasa kesedaran. "Kita kena pikiaq, susah macam mana pun kita, ada orang yg lagi susah drp kita". Itulah yang diterapkan dalam hati kami anak - anak Pak Jalil dan Cikgu Mahani. ;). Pengajaran yang penting dan berharga.

Sekarang ni, fokus raya adalah bermaaf - maafan, jumpa adik beradik, tanya kabar, rapatkan ukhwah. Tiada lagi berlumba - lumba siapa dapat duit raya paling banyak, siapa yang ada banyak baju raya. Zaman tu dah berlalu. Masa dah berubah. Jadi manfaatkanlah masa beraya dengan keluarga. Dolu2 rasa tanak g beraya kat rumah sedara, macam2 alasan... malas la, nak tgk tv la. Aleh.. aleh kena bising. "Hampa (Korang) ni nak jadi apa? Tak mau pi rumah adik beradik." Ahaaa.. ayok.. ayat keramat dah kluaq. Hamik...Padan muka. Ngeee~ Bila dah besaq ni, pandai - pandai la pikiaq. tett!

Kesimpulannya di sini, manfaatkanlah raya sebaik - baiknya. Dan doa mun agar apa yg dilaburkan semasa dalam bulan Ramadhan, membuahkan hasil dan hendaknya berkekalan hingga akhir hayat.

Pergimu Ramadhan dirindui,
Datangmu Syawal disyukuri.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin....

p/s: Balik kampung... wooowooo.. dah dekat 4 bulan tak balik rumah. I miss you home!