Life in Ads =).

Tuesday, May 04, 2010

Impian Mun (Part 1) - Semuanya cun saja -

Lately, I've been imagining within myself of owning a house. A dream house of mine.



Mun suka memasak. Jadi I want a kitchen with a full set of kitchen hardware. I want a microwave or ovan. I like to bake cake or muffin. Seronok bila try and error memasak. Macam hari tu, dah lama tak masuk dapur. Like after 2 years tak masak (i mean masak lauk yang serius2, ade ke lauk yang tak serius?haha!), mun try masak bebola ayam dan kuah steak berlada yang macam mun penah masak tu. That lauk is my favourite one. Kalau balik rumah, sure mintak ma masak. And the first lauk yang masak sendiri was that lauk.

Meh mun share resipi dia:



Bebola dan Kuah Stik Cikgu Mahani ;).



Bahan - bahan untuk Bebola:



1. Daging cincang / Minced meat (chicken/beef)

2. Cream crackers - 5 keping - (ditumbuk)

3. Lada hitam - secukup rasa

4. Sedikit garam

5. Telur - 2 biji



Bahan - bahan untuk Kuah Stik:



1. Tomato - 4 biji

2. Karot - 1 batang

3. Bawang besar - 4 biji - Belah 4 setiap satu biji

4. Sos cili - Secukup rasa

5. Sos tomato - Secukup rasa

6. Gula

7. Garam

8. Lada hitam

9. Bawang putih - dikisar

10.Tepung gandum

11. Cendawan butang - potong 4



Cara - cara:



1. Gaulkan daging cincang, cream crackers (ditumbuk), lada hitam (ditumbuk), sedikit garam dan telur.

2. Bentukkan bahan - bahan tersebut menjadi bebola.

3. Goreng bebola - bebola itu.

4. Angkat bebola - bebola yang dah masak tu. Letak ketepi kejap.

5. Skrg ni kita nak buat kuah pulak. Firstly, panaskan minyak dan masukkan bawang putih yang dah dikisar.

6. Goreng sampai kekuningan. Then masukkan tepung gandum dan goreng bersama bahan tadi.

7. Lepas tu, masukkan air masak. Air yang cukup untuk kuah.

*Perhatian: Bebola daging akan menyerap lebih banyak kuah berbanding bebola ayam. Jadi pandai-pandai lah bajet air ye. Terima kasih. :).

8. Then, bila kuah dah mula mendidih, masukkan sedikit sos cili, sos tomato (biar masam - masam sket), lada hitam.

9. Later on baru masukkan karot, cendawan butang dan tomato.

10. Last skali, masukkan bebola.

11. Dah siap. Boleh makan. Baca bismillah tau. :).



Wahh.. panjang lebar plak post kali ni. Tapi tak pe. Im glad that I share this with you guys. Oh ya, kembali berdiskusi psl rumah idaman. Cakap tang mana tadi.. Part dapur kan.. Aha.. betul. Tak kisah la ada dapur kering atau dapur basah. Janji boleh masak. Tapi sama je kan. Dua - dua dapur. Yang basah boleh dikeringkan dan yang kering boleh dibasahkan. Tak gitu? hehe.


Nak request mixer boleh? Bukan mixer yang DJ Fuzz pakai. Mixer utk dough dan yang sama waktu dengannya. Nanti senang nak buat kek, biskut dan muffin tu.Bestnyer...

Oh yes, tak perlu interior2 yang power dan bombastik. Tak nak la yang rambu - ramba sangat. Nanti nak masak pn susah.

Ade ventilation yang terbaik pn ok gak. Takde la asap kepul - kepul time masak nanti. Tak pasal - pasal sesak nafas orang dalam rumah tu. Heeee... ;p.
Yang penting semuanya cun saja..

I think thats all for now. Nanti kite sambung impian mun ni ok. Sambung utk bilik - bilik dan ruang - ruang yang lain. :).



Adios. Amigos. Wassalam.