Life in Ads =).

Friday, August 28, 2009

Melawan kesepian

Salam Ramadhan..

This is my second entry in Ramadhan. Alhamdulillah.. sekarang dah masuk hari kelapan umat Islam berpuasa. Lagi 2 hari, pa dan ma akan balik sini dari mengerjakan umrah.. weee~ InsyaAllah, mun dgn adik akan ambik ma dan pa kt KLIA. Nasib baik hari Selasa takdak kelas, jadi bleh la p ambik. :).

Bulan puasa kali ni mun jadi pemalas (Boleh ek gitu?). Tak tau kenapa. ;p. Kalau dulu, bukak posa ramai2 kat OR. ingat lagi aktiviti kami ptg2 : Jalan ramai2 ke bazar ramadhan, solat maghrib, isya' dan terawih sama2. Rindunya time2 mcm tu. Lain pulak dengan sekarang. Gi bazar ramadhan sorang2, terawih pn sorang2.. Nasib baik rumah sepupu mun dekat. Jadi kalau ada kelapangan, memang kt situlah tempat mun berbuka. Yang best nya lagik, ada 2 anak sedara yang ligat dan lincah.. Annas dan Ammar. Si abang dah 1tahun 8bulan, si adik pulak dah 8 bulan. Beza setahun je.. Penat gak ateh (aka mun) melayan keletah dua2 tu..

Lain benar rasanya puasa kali ni. Penat yg melampau2. Padahal bukannya buat apa pn. Makin deteriorate kesihatan ni. Kalau miss sahur tu, memang penat di siang hari. Tapi mun syukur, sungguhpun penat, mun masih sehat.. Bila siang je, selalu dehydrate. Then malam plak, mun minum air banyak2. Lepas sakit teruk bulan 6 hari tu, mun semakin ambil berat tentang makan minum mun. Ye lah, kalau diri sendiri yang tak jaga, sapa nak jaga kan?

InsyaAllah, mun akan balik raya on 18 sept ni. Uwaaa~ lambat lagi.. Start cuti on 11/9 tapi disebabkan adik terchentaku ada kerja, jadi balik lambat la saya ini.. Dok kat rumah mungkin dlm seminggu je, sbb hari raya ke 3/4 mungkin nak bertolak gi kelantan. Weee~ kelate..here i come.. again... InsyaAllah, one of my cousins (sebelah pa) is getting married hari raya ke-5 ni. So, akan ade little family gathering kt kelantan nanti. Time2 raya ni la, sedara - sedara akan kumpul ramai2. Seronok. Time kecik2 dulu seronoknya lain. Bila dah besar ni, seronok sebab kitaorg jarang jumpa. So sekali jumpa tu, abeh riuh rendah dibuatnya..

Okey guys.Till meet again next blog. Jari jemari kaku plak.. Take care. Wasalam.

Thursday, August 13, 2009

Mind, Body and Soul

Salam buat semua...

Ramadhan Kareem.. InsyaAllah, minggu depan semua umat Islam akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.. Mudah-mudahan bulan Ramadhan kali ini lebih cemerlang dari tahun-tahun yang sebelumnya. Amin..

Oh ye.. dah lama tak berceloteh dalam blog ni.. Agak sibuk dua tiga minggu ni. Maklumlah kelas dah bermula... Syukur sem ni dapat ramai kawan2 baru. Bayangkanlah, klass kitaorg 20 orang. Short sem hari tu, kelas 2orang je (depress sket la.. hehe).. Sem ni merupakan sem last utk coursework. InsyaAllah, next semester mun ambik Practicum 2. Hajat di hati nak buat praktikal kat hometown je. Tapi bila difikirkan balik, better buat kt area2 KL. Senang nak gi UIA utk buat research or jumpa supervisor kan.. Huu.. Ade la 2 3 tempat yang bermain dalam fikiran... InsyaAllah, tindakan susulan akan dibuat selepas ini.. Cuma sekarang tgh runsing...

Runsing dengan research proposal. Ade dah ade.. Thanks buat kak Radziah sbb bg idea psl research topic tu. Cuma sekarang ni tgh tengah cari sources utk literature review. Scope utk my research topic tu agak baru. Jadi ada sedikit problem utk cari journal-journal especially full journal. :(. Mun minat dengan topik ni... Utk klass Research Method sem ni, kitaorg fokus more on research activities. At the end of the semester, we need to come out with one proposal. I want to take this opportunity and complete my research proposal before I go for my Practicum 2.

Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusan proposalku. Permudahkanlah aku untuk mendapat supervisor yang terbaik untuk thesisku... dan Kau berilah yang terbaik untukku dan rakan- rakanku dalam pelajaran kami. Amin..

Oh ya, selain research methods, mun ambik issues in cross cultural psychology, test construction and adaptation dan islamization of knowlegde. Bila masuk kelas islamization of knowledge tu rasa mcm kelas purification of soul. Yelah, subjek2 lain suma core utk psychology dan subjek ni satu2 nya subjek yang bleh kata 90% islamic content. Dah lama tak masuk kelas2 yang ade unsur2 IRK ni. So tiap2 kali kelas memang excited la... hehe.. Dan bila dah blajar ni baru nampak connection tentang Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. Sebab tu la kulliyyah dinamakan IRKHS. Salah satu usaha ke arah Islamization of Knowledge adalah untuk 'desecularize' Western knowledge dan relevantkan revealed knowledge dan ilmu-ilmu sains sekarang. Golongan barat berjaya mengambil kesempatan dengan memisahkan reason ('aql) dan revelation (ape yang termaktub dalam al - Quran dan sunnah Rasullullah). Jadi, menjadi tugas buat golongan-golongan yang menyedari dan mempunyai inisiatif utk mencantum semula 'perpisahan' antara ilmu- ilmu sains dan agama. Syukur pada Allah sebab diberi kesempatan untuk melihat connection ni.. Harapnya boleh digunakan ilmu- ilmu dalam setiap kelas utk kebaikan Agama Islam. InsyaAllah.

I think i'll stop rite now.. Happy sebab dapat share these things dalam blog kali ni.. till then.. jumpa lagi.. InsyaAllah..