Life in Ads =).

Sunday, June 21, 2009

Asam dan Garam

Salamun alaik semua...

What's up? Harap sehat2 semuanya. Alhamdullillah, mun sehat.. cuma batuk yang kejap ok dan kejap tak ok.. sekarang ni masih makin ubat untuk sakit yang lain-lain (ade ke sakit lain-lain? haha). baru 2 minggu makan ubat dan ade perubahan positif. Alhamdulillah.. semuanya kuasa Dia kan.

Oh ye.. hari Jumaat lepas, mun dgn mira gi rumah kawan kitaorg kt kuantan. dia buat majlis kenduri kawin. kitaorang gi awal sket dari kwn2 yang lain.
kawan2 yang lain menyusur hari sabtu (hari kenduri).ape2pn, tahniah buat Maya&Mahathir! Moga perkahwinan kalian bahagia hingga akhir hayat. insyaAllah.

Seronok dapat bertamu kat rumah kenduri.. kenduri plak buat kat kampung. memang best. this is the third time mun join kenduri kawin kawan kt kampung. yang bestnyer semangat gotong royong tu.. setiap tempat ade 'culture' masing2 yang unik.. kat kenduri maya pun ade uniknya.. diaorg masak malam sebelum kenduri kawin tu. meriah btul kat luar rumah.. macam warung mini pun ade.. hehe.. mun dengan mira tolong2 ape yang patut je.. mira ditauliahkan sebagai pengapit maya utk hari kenduri. hehe.. ambik berkat la ye mira.. mane tau, kot-kot la tahun ni kawin.. tett! ;p.

Tak cukup dgn makan kenduri je sebagai agenda utama, kami telah meng'extend'kan program kami ke 'jalan-jalan kuantan'. after kenduri maya tu, kami ke rumah faiz. thanks buat parents faiz kerana layanan yang telah diberikan. siap masakan bihun tu... sedap.. sedap.. =D.

Al-kisahnya, tersebut la kisah.. sebuah kisah yang tak mahu dikisahkan.. jadi terkisahlah kepada kami semuan yang hadir di situ kisah yang baik tu.. takpe2.. kita tunggu kisah rasmi dari tuan empunya diri.. hehe.. ;p. Jangan marah ye faiz...

Haa..part petang tu yang best sket.. upacara ke pantai Teluk Cempedak.. Weeee~ best2.. yang the girls (mun, mira, pida dgn athirah) ni berpakaian kenduri la kan... boys plak casual je.. mcm mane pn attire kitaorg, kitaorg belasah je.. siap buat iklan selendang lagi kt pantai tu.. layan je la... ade yang layan perasaan.. ade yang layan selendang (hah?!) haha.. Lepas maghrib tu gi makan dan teruskan perjalanan pulang ke KL. Penat tu mmg penat tapi seronok sgt!

Gumbira, ketawa dan senyum..dah lama tak jumpa moments macam tu, jadi bila dapat kumpul ramai2, penat pun hilang.. ;). Terima kasih buat Yang Esa kerna dikurnia teman - teman sejati..=).

Oh ya, last week, 3 of my frens dapat berita gembira. Tahniah buat Ibrahim, Fais dan Fauzi yang berjaya dapat kerja dalam gomen.. tapi part yang tak best nye, tempat posting diaorg... jauh la plak.. kat sabah dan sarawakk.

Pasni dah takde abg long nak berleter, takde abang ngah nak bising2.. pandai2 le jaga diri..

Mudah- mudahan kalian dapat menjadi Pegawai Psikologi yang terbaik dalam negara.. cewah ayat... hehe.. kasik semangat sket kat korang.. insyaAllah, ade rezeki kitaorg gi sabah sarawak, melawat korang... mun doakan yang terbaik utk korang..

Banyak plak celoteh kali ni.. hehe.. (malu jap, nyorok blakang pc, ;p.) mood utk menulis tgh ade, jadi kite layankan je la .. hehe.. alrite.. ade masa, bleh menulis lagi.. tata.. titi.. tutu.. Wasalam.


p/s: Mula-mula terserempak, pastu jeling- jeling... haha... ;).


Saturday, June 13, 2009

On my birthday

Salam

Selamat Ulang Tahun Sayaaaaaang~ ;).

Hari ahad minggu lepas was my birthday. chup2.. my birthday, adik's birthday, abg nazri's birthday(my big brother aka my senior), najib birthday (my cousin) .. ramai gak la yg sama birthday dgn mun.

Parents mun ada kt sini together wit my elder sister. Weee~ takde special dishes, takde potong2 kek but im happy. Umur dah masuk jubli perak. Banyak nak diusahakan dan dikejarkan.

Lots of things happened lately. Buat mun berfikir, mentafsir dan ambil masa yg lama untuk bertindak...

Ujian itu rahmat dari Allah.. Syukur Alhamdulillah dan terima kasih buat yang setia di sisi. Bagi sokongan, restu dan doa. Dari kalian mun dapat serlahkan kembali kekuatan yang pernah pudar dulu..

Alhamdulillah. Ku panjatkan syukur pada-Mu Tuhan.. Yang Maha Penyayang.. Yang Maha Mendengar... Yang Maha Mengasihani.. Yang Maha Adil..

Oh yes, on my birthday... Went out with my beloved twin sister, Adik. Thanks alot for making me smile each and every second of my life. Mun dah berjaya 'menghasut' adik utk gi tgk movie Syurga Cinta. Best gak la cerita dia.. Mun bagi 3.5 bintang. Cey~~~ Minat Awal Ashaari punya pasal.. hehe. Its a good movie tp kalo jalan cerita dia strong lagi, mungkin mun bagi 4 bintang la.. hehe. Mun suka sgt lagu background dlm crita tu. Best! I like~ ;).

Okaylah Cau sin chi! hehe

Friday, June 05, 2009

2 in 1

Salam

Bunyi macam instant nescafe je kan.. 2 in 1. Oh ye, hari ni telah berlaku 1 perjumpaan dan mun dpt 2 outcomes yang sama tapi tak serupa. Hmmm...

Allah nak uji iman dan sabar aku ni... Tabahkan lah hatiku ini Ya Rabbi...Kuatkanlah diri ini dalam menghadapi kehidupanku ini..

Harapnya lepas ni mun dapat hargai nikmat dan rezeki yg Allah beri dgn penuh rasa syukur dan bertanggungjawab. Kita ni khalifah Allah... makhluk Allah. Dan yang lebih penting, kita ni hak Allah.

Betapa ralatnya diri.. Tak dapat menjaga hak Allah dengan sebaik-baiknya. :(. Astagfirullah..


P/S: Ubat.. ubat... weekkkkkkk! :p.