Life in Ads =).

Tuesday, April 26, 2011

Ujian itu 'sekolah' dari Allah

Tak terlintas hati untuk menaip entri tatkala hati dan fikiran ligat berfikir banyak kerja - kerja yang hendak diselesaikan.

Tapi aku tahu, aku perlu rehat sebentar sebelum melaksanakan kerja - kerjaku. Biar aku tenang dalam bekerja. 

Nampaknya deadline yang telah diletakkan semakin hampir.

Makin hari makin menghimpit.

Ya, aku dihimpit dengan kerja - kerja yang makin lama makin membiak jadinya.

Targetnya mahu habiskan draft proposal hujung bulan ni. Ya, masih berbaki beberapa hari sebelum masuk bulan Mei.

Semakin hari semakin ada kerja/hal yang mendatang. Tak mampu menepis. Tak mampu menolak.

Ya, kadang - kadang aku tak firm dengan diri sendiri dan orang lain.

Sabar mun...

Ini ujian dari Allah. Dia mahu kau kuat menempuh ujian hidup. Dia tahu di mana kekuatan dirimu..

Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusanku dan lancarkanlah ilham di fikiranku, tiupkanlah kesabaran dalam menghadapi kesulitan. Ameen....


p/s: Semoga aku terus dibekalkan kesabaran dan keikhlasan dalam setiap urusan hidupku. Sesungguhnya solatku, amalku, hidupku dan matiku kerana Mu, Allah.

No comments:

Post a Comment