Life in Ads =).

Friday, April 08, 2011

Campaign - No Phone Zone Campaign

Tengah dok browse website Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia dan terjumpa satu kempen yang menarik : No Phone Zone Campaign.

Pernah tak bila anda atau orang lain yang menjadi pemandu, nampak pemandu lain, diulangi PEMANDU lain tengah cakap phone (sangat obvious apabila handphone di tangan dan ditekapkan dekat telinga). Ianya sangat annoying okeh~ Banyak kali jugak mun terserempak dengan pemandu - pemandu yang lebih sayangkan waktu berbual ketika memandu berbanding waktu sakit di hospital (nauzubillah). 

Mun akui, dulu mun agak tegar bercakap dan juga SMS ketika memandu. Tapi apabila ditegur dan mun fikir, ianya sesuatu yang membahayakan mun dan juga pemandu yang lain, jadi mun pun dah tak buat gitu. Dalam kata lain, mun dah insaf. Dan harapnya mun tak ulangi 'kegiatan' tu lagi. 


Sebenarnya bila di jalan raya,banyak benda yang memerlukan attention kita.
Nak tengok traffic light, nak tengok pergerakkan pemandu lain, nak tengak had kelajuan, nak tengok keindahan alam ciptaan Allah, nak tengok signal kereta kat depan, nak tengok speedo meter kereta, nak tengok simpang jalan depan dan nak tengok maaaaaaaaaaaaaaaaaacam maaaaaaaaaaaaacam lagi. Banyak proses-proses kognitif yang berlaku seperti perhatian (attention), membuat keputusan (decision making) dan kepekaan (alertness).Wah mun, bahasa melayu ko macam hebat. heh

Dan mun rasa berbangga jugak la bila ada pihak seperti HELP University College buat Kempen Zon Tiada Telefon dengan kerjasama JKJR. Hope sesiapa yang berminat boleh la ke laman web ni:

No Phone Zone Campaign 

Akhir kata daripada mun,   LOVE LIFE! (Tagline MIROS! Hehe) dan Jadilah pemandu yang berhemat di jalan raya.

No comments:

Post a Comment