Life in Ads =).

Wednesday, April 20, 2011

Impian Mun (Part 2)

Semalam mun teman kawan mun tempah rumah kat syarikat developer rumah kat Kota Damansara. Sebagai seorang mobile GPS, mun pun tunjuklah jalan dari UIA ke Kota Damansara. Then bila sampai ke opis syarikat developer tu, ada banyak model - model rumah kat situ. Kawasan rumah yang kawan mun nak beli tu baru nak dimajukan dan dibuka. Official launching untuk kawasan perumahan yang kawan mun nak beli tu akan berlangsung hari Sabtu ni. Jadi sebelum diadakan official launching, diaorang buat promotion sebanyak RM20,000. Banyak tu.. Jadi kawan mun ni rebut peluang utk beli time ianya masih murah lagi. 


***Gambar ihsan: Encik Ahmad Google. Ce teka gambar rumah sape tu?
Hint: Hujan dan Korea! ;).

Sementara kawan mun tu dok bincang - bincang dengan orang syarikat developer tu, mun pun ronda - ronda tengok model - model rumah yang ada. Perrrgh! Ada yang semi D, ada yang terrace (teres). Keluasan dia plak lain lain.. 22 x 75 la, 24 x 75 la.. Pastu ada macam - macam design. Ada yang moden dan kontemporari. Ada yang sedikit old skool. Hehe... Mun takde la pandai sangat nak beli - beli rumah neh. Tapi bila tengok orang lain beli rumah, terasa ingin ada rumah sendiri dengan duit sendiri. Dulu mun penah buat enrti pasal Impian Rumah mun kan? (klik di sini). Hehe.. Jadi inilah entri sambungannya.. ;p. 

Sekarang ni harga rumah amatlah mahal berbanding dulu. Dan yang paling  penting adalah kawasan. Area kawasan rumah kawan mun nak beli tu almost 350,000 plus plus. Erk~ Yelah, kawasan Kay Ell kan.. jangan harap la nak dapatkan harga rumah mcm RM200,000 mcm kat Kedah kan. Kalau nak rumah banglo (ke?) dengan harga RM300,000 plus plus, silalah anda beli rumah kat Sg. Petani ke Aloq Staq ke.. hehe.. 

InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, mun akan ada rumah sendiri. Tapi kemungkinan besar mun akan beli rumah area Bangi la kot sebab insyaAllah akan keja area2 tu (kan?) InsyaAllah... Doakan mun ye... Lagipun one of my cousins is staying there. Dia pun dok pujuk - pujuk mun suruh beli rumah area - area tu. Senang kalau ada sedara mara yang dok dekat dengan rumah kita. Kalau ada apa - apa terkejut tergempaq bleh terpa pi! (Sila baca dalam nada slang Kedah ye, terima kasih). Hehe..


Rasanya seronok kat pi survey rumah - rumah ni. Tengok jenis rumah, jenis kawasan, strategik ke tak, dekat tak dengan masjid, dekat tak dengan kedai. tak salah untuk survey dari sekarang kan. So, dari sekarang ni boleh start planning untuk beli sebuah rumah...


p/s: Baiti Jannati ;).


 

No comments:

Post a Comment