Life in Ads =).

Wednesday, May 16, 2012

Bersangka baik dengan Allah ;)



Allahu Akhbar

Dalam tahun ni, banyak sangat program - program ilmu berskala besar diadakan di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, awal tahun ni saja, dah 2 majlis ilmu yang besar mun sertai. 
Pendekatan yang digunakan oleh penganjur - penganjur pun boleh tahan menarik jugak untuk mun sebagai pelajar. :).
Contohnya: Harga untuk pelajar, early bird, dan sebagainya.

Antara perkara - perkara yang timbul acap kali dengar program - program ilmu besar ni diadakan adalah yuran program.
Sebagai seorang pelajar yang bergantung harap kepada PaMa (baca: tajaan ibu bapa), agak segan nak mintak duit lebih untuk daftar program. 
Mun rasa kalau mun mintak sponsorship, insyaAllah dapat.
Cuma bila dah rasa diri ini tua (baca: 28), rasa segan Ya Robbi nak mintak duit untuk itu dan ini.


Tapi.....


Alhamdulillah, ada rezeki yang Allah bagi.
Mun percaya, kalau kita bulatkan hati untuk sesuatu benda yang baik, biiznillah Allah akan bagi.
Contoh semasa pendaftaran Konvensyen Bidadari Dunia bulan Februari hari tu, memang berfikir sana sini untuk cari duit lebih.
Allah itu Maha Perancang.
Dia lorongkan rezeki daripada jalan yang takkan pernah manusia sangkal.

Seminggu sebelum hari early bird tu luput, mun dapat 'kerja' kecil - kecilan. 
Alhamdulillah, dapat tolong kawan tanda kertas peperiksaan students beliau. 
Dapat tawaran bantu training.
So, apa kesimpulan cerita di atas?




Setiap apa kebaikan yang hendak kita lakukan, kita niatkan dalam hati supaya Allah tolong kita.
InsyaAllah, pertolongan Allah itu akan datang.
Kita hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Allah.
Andai kita dah niat yang baik tapi turn out to be not so good as what we've planned, believe in ourself, Allah has better plan for us.




Ada lagi satu perkara yang mun fikirkan.
Sekarang ni ujian mun adalah duit. Yelah, jadi student manalah dapat income ribu raban. Kan?
Tapi nanti, InsyaAllah, bila dah kerja, ujian yang bakal mun hadapi adalah masa untuk hadiri program - program ilmu.
By that time, insyaAllah mun dah ada duit, tapi time tu I have other responsibilities (contohnya sewa rumah, duit kereta, dll). Right?

 Berbalik pada kesimpulan mun tadi:
Dalam apa jua keadaan, kita niatkan yang baik dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.

InsyaAllah, itu yang terbaik. 
Wallahu 'alam 

 

4 comments:

  1. Allah beri apa yang kita PERLU, bukan yang kita MAHU. Apa yang kita mahu tak semestinya yang kita perlu :)

    ReplyDelete
  2. Mun,
    Terus doa pada Allah.. niat baik, InsyaAllah Allah akan lorongkan kebaikan..

    ReplyDelete