Rasa refresh sangat - sangat apabila KYC TOT: SE selesai hari Ahad (15 Mei) lepas.
Mun lawan hati untuk mencoretkan sesuatu di blog ni agar mun takkan lupa butir - butir pengetahuan dan pengalaman hilang macam tu saja. Kiranya apa mun tulis ni macam review program jugak la ;). Pesanan untuk diri sendiri: Kalau nak buat BAIK, jangan tangguh - tangguh. Baeeeek~
Dalam program ni, mun bertindak selaku peserta dan komiti (2 alam). Macam gila kuasa pn ada gak. hehe.. Alhamdulillah, permulaan program berjalan lancar. Dimulakan dengan sesi Ice Breaking oleh Qayyum. Banyak aktiviti/game yang kitaorg main. Antaranya Kreh.. Kreh..., melukis tapak tangan sendiri dan juga menyenaraikan ciri - ciri rakan yang kita kenal dan kurang kenal. Aktiviti kreh - kreh as usual membingitkan keadaan. Comel je bila semua cakap kreh.. kreh. Untuk game ni, setiap orang diwajibkan untuk bercakap bahasa kreh.. kreh.. dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Group mun terdiri drp Mun, Allia, Huda, Shahir Amin dan Azim. Setiap grup dikehendaki mencari 3 barang. Grup kitaorg adalah grup terakhir untuk jumpa ketiga - tiga barang yang dikehendaki. Grup first yang menang - Alimin's group. Tahniah kalian. Hehe..
What I like most during Ice Breaking session was aktiviti melukis tapak tangan. Rakan - rakan lain diminta untuk menulis 1 perkara tentang orang tersebut di atas tapak tangan yang telah dilukis. Part ni klakar laa sebab suma pakat dok menulis macam - macam atas kertas orang lain. Nak tau apa yang ada kat tapak tangan mun? Jeng.. jeng... jeng... Antara perkara - perkara yang rakan - rakan KYC tulis: best, cute, pemimpin, riang, ceria selalu, PC paling hebat pernah jumpa (hahaha!) dan lembut hati. Mun sangat sangat happy bila tapak tangan mun tu penuh dengan kata - kata positif dari rakan - rakan. Sebetulnya, apa yg tertulis kt tapak tangan kita tu adalah pandangan orang lain terhadap kita. Rakan adalah cerminan untuk peribadi kita. Terima kasih rakan - rakan KYC. You guys really touched my heart. T______T
Aktiviti - aktiviti untuk hari sabtu plak sangatlah interesting. Sebabnya ada talk daripada penceramah - penceramah yang hebat. Antaranya Ust. Hasrizal dan Kak Bada. Tak ketinggalan Mokhtar untuk Slot Simulasi. :D. Ust. Hasrizal cover 1 topik yang bertajuk : Apa Ertinya Saya menjadi Fasilitator yang berkesan. Talk dia memang terkesan habis lah. ALHAMDULILLAH! Ust. Hasrizal menyentuh beberapa ciri untuk menjadi seorang Fasilitator. Antaranya Niat yang betul, Usaha yang betul (Halal), Menjaga Syariatullah dan Menjaga Sunnah. Ceramah yang Ust. Hasrizal bagi memang betul - betul terkesan dengan diri mun. Banyak lagi yang mun nak kena perbaiki untuk menjadi seorang Fasilitator yang berkesan. Hakikatnya fasilitator adalah seorang pembantu dan bukannya perubah. Kita tak boleh berharap untuk mengubah gaya hidup, tingkah laku dan pemikiran seseorang. Sesungguhnya kita tak punya kuasa untuk itu tetapi haruslah kita yakin yang usaha (proses) kita itu mudah mudahan membuahkan rasa mahu, tahu dan mampu untuk merubah kepada sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah.
Seterusnya adalah slot Kak Bada tentang Khalifah Way. Kak Bada tak gunakan slides yang banyak tapi ilmu yang Kak Bada sampaikan tu sangatlah berguna. It's like refresher kepada TOT yang dulu. Kak Bada banyak kongsikan pengalaman peribadi beliau dengan kitaorg which is very good. Nampak aplikasi dan implikasi bila kita guna ilmu Khalifah kena pada tempatnya. Untuk menjadi seorang fasilitator yang berkesan, haruslah faham, percaya dan mempraktikkan apa yang telah dibelajar. Andai tidak faham, percaya dan apply, harus bagaimana lagi nak disampaikan kepada orang lain? Renung - renungkan dan selamat beramal. hehe... Kak Bada pun ada share 1 lagu daripada Br. Sami Yusuf iaitu Mu'alim. Lagu ni menceritakan tentang Rasulullah S. A. W. sebagai seorang Mu'alim.
Sangatlah tersentuh bila mendengar lagu ni. Rasa syahdu.. Rasa rindu.. pada mu Ya Rasulullah. Sesungguhnya Rasulullah adalah role model yang paling baik dalam apa jua keadaan. Tiada yang dapat menyangkal fakta ini. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Then petang Sabtu tu kitaorang main dalam hujan. Weeeeeeeeeeeeeee~ Dah lama tak main dalam hujan. Sungguhpun kepala mun dok nyut nyut sbb pening tapi mun gagahkan jua bermain dan bermandi hujan. Amaran keras telah diberikan kepada sesiapa yang alergik dengan hujan tapi boleh kata semua turun padang untuk Aktiviti fizikal petang tu. Hehe.. Menarik jugak modul yang Mursyidi laksanakan petang tu - Baling botol yang berisi air dan stokin busuk menggunakan kain pelekat. Team mun terdiri daripada Kak Farah, Mun, Azam, Dhee, Fuzah dan Shahir. 1st round kitaorg menang tapi second round tu kitaorg disqualified (errrk~ menarik diri atas sebab kitaorg ni terer sangat main baling - baling botol ni. :p.) hehe.. End up, grup kitaorg buat hal masing - masing while others sibuk menghabiskan aktiviti tersebut utk round yang kedua. hehe..
Malamnya plak ada sesi dengan Mokhtar. Personally, I respect Mokhtar sebab dia dah summarize buku Panduan menjadi fasilitator Efektif oleh Saudara Hamdan Ab. Kadir Modon Mawel dan Syed Husin Jaafar. Tahniah Mokhtar! Alhamdulillah, he delivered it well cuma pada mun, Mokhtar cakap laju benor. Kalah bullet train. Mun faham dia nak mengejar masa. Dan LDK untuk sesi tersebut amatlah seronok! Untuk aktiviti ni, Shahir Amin telah dipilih untuk menjadi fasilitator dan yang - lain menjadi peserta - peserta yang tak tahu nk respon kepada fasilitator. Untuk pengetahuan semua, Shahir memang tak suka menjadi fasi tapi dia try. Itu effort yang mun puji. Tapi for the first time, dia ambik cabaran untuk menjadi fasilitator walaupun ianya olok2. Pada mun, ini adalah salah satu perubahan positif yang Shahir dah buat sepanjang mun kenal Shahir. Syukur!
Pagi ahadnya plak ada aktiviti Riadhah bermodul. Hah, yang ni memang mencabar hati sanubari dan fizikal. Ada 5 checkpoints yang perlu ditempuhi. Semua peserta dilepaskan dalam kumpulan masing - masing di Khalifah Institute. Destinasi pertama yang dituju adalah Taman Tasik Ampang Hilir. Berjalan kaki ada la dalam 15 minit untuk ke sana. Berlari - lari anak plak tu. hehe.. mengah gak la bila sampai sana. Dah lama tak berlari atau berlari lari anak. Pancit jugak. Alhamdulillah. Managed to get the second clue. Task di Taman Tasik tu merupakan Brain Gym. Apa itu brain gym? Sila google dan youtube ye. Hehe.. Mun tak terlibat dalam aksi - aksi terseksa ini sebab mun jadi jurukamera, ambik video diaorg. Tapi klakar la.. adeh~ Group2 lain pun ada kt tmpat kejadian. Masing - masing dengan gelagat masing2.. Ade yang meniarap la.. ade yang macam menari pun ada. Hehe.. Klakar lah~
Next checkpoint - Jejantas Ampang Point. Task kat situ adalah menterjemah keratan akhbar bahasa Cina kepada Melayu. Pungggaaaaaaaaaaah~ mana nak cari orang Cina yang boleh translate pagi - pagi buta Ahad itu. Adeh.. jenuh gak la ke sana ke mari cari orang Cina. Bak kata Shahir Amin, semua org Cina cuti pada hari tersebut. Jadi takde orang pun untuk translate. Alhamdulillah, akhirnya dapat gak jumpa seorang amoi Cina yang berbaju pink untuk translate. Baru la dapat tau artikel tu pasal pendapatan keluarga. Tapi still tak faham keseluruhan teks sbb dpt tau psl 2 3 ayat je. Then next checkpoint is 7 Eleven dekat dgn KI tu. Kat sini, kitaorg suma dikehendaki translate translation artikel tadi ke Bahasa Korea plak. Kawasan 7 Eleven tu mmg kawasan Korea tp pagi2 ni agak sukar nak cari orang Korea. Depa bangun lewat kot.. Dalam dok melilau cari orang Korea, akhirnya kitaorg berjaya jumpa pakcik ni. Dia sangat2 la helpful. Amazingly, pakcik ni mempunyai kebolehan bertutur dalam 4 bahasa - Bahasa Korea, Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Perggggggggggggh! Pakcik, awat la kami tak jumpa pakcik awai2.. Kalau dak, kami dah habeh lama dah 2 tasks. Adeh.. Yang buat mun terharu adalah kesungguhan pakcik tu nak menolong kami translate dan faham teks tu. Kitaorg ni dh risau dah sebab kumpulan - kumpulan len dah tak nampak batang hidung dah. Sah2 kitaorg yg last grup yang belum sampai. Nak2 lagi, Azam dah call suh balik KI. hehe..
Sesi terakhir adalah sesi bersama Kak Nani berkenaan Ketegasan vs Permisif , Ganjaran vs Hukuman. Sesi ni adalah sesi yang paling mun tunggu sebab padanya kita akan tahu how and when to use rewards, punishment dan keadaan yang memerlukan ketegasan. Apa yang dapat mun simpulkan di sini adalah untuk menjadi seorang Khalifah dan Abdi Allah yang cemerlang, kita harus ada kriteria ni:
- Sabar
- Istiqamah
- Kawal Marah
- Jangan mudah putus asa
- Sentiasa bersangka baik
- PALING PENTING: Percaya/Yakin pada Allah
Sesi yang terakhir adalah sesi Resolusi dengan Ibrahim. Personally, I like his style of conducting this session. Macam sesi sentuhan qalbu pun ade. hehe..Ianya buat mun dan rakan - rakan lain reflect diri masing - masing. Kitaorg dikehendaki melengkapkan graf shaping untuk diri masing - masing. InsyaAllah, mun akan cuba sedaya upaya mendidik dan membentuk diri mengikut graf tersebut. Semoga Allah permudahkan urusan. Ameen..
Majlis TOT diakhiri dengan majlis graduasi yang penuh adat istiadat. Memang gempak lah majlis graduasi/majlis penutup. Tak pernah dalam sejarah TOT, majlis penutup diadakan dengan penuh gemilang. Satu pencapaian buat kami semua yang menghadiri TOT kali ni. Benar TOT kali ini lain daripada yang lain kerana ianya Edisi Khas. Takkan dapat kat mana - mana. Kan? ;). Majlis penutup telah dihadiri oleh Dr. Alini, salah seorang pemegang Amanah Khalifah Institut. Dr. Alini banyak memberi nasihat serta galakan yang tidak berbelah bahagi kepada pembangunan Khalifah Youth Circle. Terima kasih yang tak terhingga Dr. Alini di atas kepercayaan dan ilmu yang diberi. Semoga Allah memberkati usaha murni Dr. Alini untuk mengembangkan ilmu Khalifah yang berakarkan al-Quran dan as Sunnah. ;).
Rasa syukur yang tak terhingga kepada Allah kerana menghantarkan mun ke KYC TOT minggu lepas. Banyak yang mun belajar. Seterusnya, usaha yang perlu mun buat adalah untuk internalizekan apa yg telah dipelajari. Tak guna ilmu itu ada dalam diri tapi tak dipraktikkan. Rugi.
Semoga Allah memberkati usaha dan ukhuwwah kami dan ampunkan segala dosa kami. Jadikanlah kami Khalifah yang cemerlang dunia dan akhirat. Ameen...
p/s: I love all of you! ;).
haru baca ni kak mun...uhukkk
ReplyDeleteAisha, inilah buah tangan akak untuk kalian. Tulisan ini akan mengingatkan akak pada ukhwwah, ilmu dan pengalaman sepanjang KYC TOT. :D.
ReplyDeleteterharu membaca nye hukhukhukhuk..
ReplyDeleteWah!!!menitik2 air mata kegembiraan..Cayalah kak Bulan!!!
ReplyDelete;).
ReplyDeleterasa rugilah kak moon tak dapat join...moga diberi peluang pada massa akan datang. MAy Allah bless u..=)
ReplyDeleteMusafir25, semoga ada lagi peluang untuk kita sama - sama blajar dan menjalinkan ukhuwwah. May Allah bless us. ;).
ReplyDeleteBest Sangat!!! Tq Kak Mun...May Allah Bless U!
ReplyDeleteMinyin, may Allah bless you too! ;).
ReplyDelete