Life in Ads =).

Friday, May 20, 2011

Hidup untuk makan? Makan untuk hidup?

Dua soalan yang menarik bukan? 

Tapi bila kita dah di hadapan hidangan makanan, kedua - dua soalan tu seolah- olah tak wujud. Hmmm...

Sebagai seorang Muslim, kita mesti tahu apa yang kita makan wajiblah HALAL dan BAIK. Halalan Toiyyiban. Kan?

Mun takde la cerewet sangat dari segi rasa makanan tu cuma mun akan particular if the two conditions HALAL dan BAIK tu tak nampak kat makanan atau restoran tu. 

Sekarang ni, mun perasan kita banyak terdedah dengan makanan - makanan yang tidak pasti kesahihan halalnya. Contohnya: nampak macam halal je makanan2 kt kedai tu, ramai je orang Islam yang p makan kt situ tapi pada hakikatnya tak halal.

Time mun kerja dengan sebuah international company dulu, mun selalu susah untuk decide kat mana nk makan. Kat depan opis tu baaaaaaaaaaaanyak sangat kedai makan, mostly kedai fast food la.. Contoh: Subway, KFC, McD, Starbucks dan Secret Recipe. Kalo kedai2 fast food mcm tu, kita dah jelas hal HALAL dia mcm mana tp kedai - kedai biasa tu mcm menyeramkan gak la.. Kat situ ada 1 kedai makan yang diusahakan oleh orang Cina. Mun penah usha kedai tu, nak tgk kebersihan, makanan tapi yang paling meragukan adalah sijil halalnya. Mun tgk sijil halalnya tak original. Ianya seperti di-scan atau di-photostat. Bila dah gitu, mun terus bgtau kawan - kawan mun (almost 90% of my colleagues at that time were Chinese and Indian), mun tanak makan kt kedai tu sbb kedai tu meragukan kehalalannya. Alhamdulillah, kawan - kawan mun faham dan kitaorg mmg tak penah nk p makan kt kedai tu. 

Sekarang ni plak, mun restrictkan diri mun untuk tidak makan makanan drp kedai - kedai yang support Israel. Yang paling ketara adalah McD. Tipulah kalau mun katakan mun tak rindu nk makan McD especially fun fries dia. Rasanya diaorg ade letak mandrem dlm fries dia kot. LOL! Mun start boikot McD tahun 2009 rsnya, lepas mun terlibat dalam kempen Viva Palestine untuk boikot Israel. Alhamdulillah, until now, takde urge yg membuatkan mun nk 'langgaq pantang' dan beli makanan McD. Mun hanya akan makan McD bila ada orang lain dah belikan McD tanpa dia mengetahui mun boikot McD. Dengan itu, mun makan la McD. Nanti isu pembaziran dan isu hati plak yang timbul kan. Makan je laaa.. Janji Halal.... kan? ;). Alhamdulillah, mun syukur kepada Allah sebab Allah selamatkan mun daripada korbankan prinsip mun terhadap benda - benda/ makanan yang mun boikot. Contohnya: ade kawan ajak gi McD tapi sebelum tu Allah dah aturkan yang lebih baik i.e. orang lain ajak dulu, p makan kt gerai yang tak bercanggah dengan prinsip mun (Contoh: Malinja atau KFC). hehe..


Hari ni kluar 1 berita pasal ada kopitiam yang jual kopi berasaskan DNA Babi. Erk~~~~ Kan dah kantoi.. Sejujurnya mun kurang gemar dengan makanan kopitiam ni. Dulu mun suka ke Old Town Coffee tapi lepas dpt tau diaorg tak de sijil halal, terus tak pergi. Sekarang ni memang jarang ke kopitiam. Kalau pegi pun, mun pegi DownTown Coffee & Tea kt Sri Rampai Business Park. Itupun sebab kopitiam tu ade White Coffee Tiramisu yang sedap. Mun tak suka coffee tapi bila dah diperkenalkan dengan Kopi Tiramisu tu, terus jadi addicted.


Bila sebut pasal makanan ni, memang takkan abis punya. Apa yang nk mun sampaikan di sini adalah kita kena jaga apa yang kita makan. Sebab makanan yang kita ambik tu akan jadi darah daging kita. Bukankah perbuatan makan itu satu ibadah? Yang penting makanan itu wajib HALAL dan BAIK (tidak memudaratkan diri). Frankly speaking, mun prefer untuk masak sendiri. Kalau tak sedap skalipun, kita tahu apa yang kita makan. Tahu sumbernya, tahu kebersihannya. Gitulah. Mun pun minat masak cuma skrg ni agak terhad lapangan latihan tu sebab kat hostel ni mana boleh bawak dapur gas bagai kan. Tak pasal2 kene compaun nanti. hehe. InsyaAllah, mahu belajar memasak berbagai - bagai jenis lauk. Tok dan Ma adalah 2 sumber rujukan mun kalau nk masak memasak. Tok agak reserved sbb cara didikannya begitu : Anak - anak belajaq sendiri macam mana masak tapi Ma bagi peluang kepada anak - anak dia untuk memasak. Ma tunjuk ajaq macam mana nk masak. Kalau salah ditegurnya. hehe.. maklumlah Cikgu ERT la katakan. Tapi tu lah, mak cikgu masakan tapi anak tak gheti sangat memasak. Sket2 boleh laa.. ;p.


Jadi, anda nak hidup untuk makan atau makan untuk hidup?


Sama - sama kita renungkan! ;).

No comments:

Post a Comment