hujan membasahi pipi ini.
Alhamdulillah, syukur!
Semasa mula menyambung kerja - kerja pembetulan Chapter 3 & 4, mun dapat email yang ditunggu - tunggu.
E-mail yang membolehkan mun secara formalnya register research.
Ya, research bukan research proposal.
Syukur sangat - sangat.
Memang ternanti - nanti surat tersebut.
Surat tu kiranya 'green light' untuk proceed ke stage yang seterusnya.
Untuk bulan depan Februari 2012 yang akan bermula esok, insyaAllah, mun ada beberapa KPI:
1. Extend semester. InsyaAllah, ini semester yang terakhir.
2. Register Research (awal semester 2, 2011/2012).
3. Hantar borang Intention to Submit Thesis, InsyaAllah (awal semester 2, 2011/2012).
4. Submit full thesis kat First Reader and First Examiner by end of February 2012, insyaAllah.
Semoga dipermudahkan urusan oleh Allah. Ameen
Dan hari ni, Allah datangkan kepada mun pengajaran dan pengalaman daripada rakan - rakan yang sedang menghabiskan thesis masing - masing.
Ada yang sedih sebab supervisor tanak sign borang untuk submit thesis sebab mahu tengok progress report dulu sebelum sign.
Ada yang numb sebab rasa penat untuk habiskan thesis (dan master).
Ada yang pasrah sebab halangan untuk sambung master di tempat lain tak kesampaian.
Ada yang bersemangat untuk habiskan master sungguhpun ujian yang menimpa sungguh besar.
Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah segala - galanya.
Hasbunallah wa ni'mal wakil
Aku syukur padaMu Allah
Aku redha padaMu Allah
Semoga Engkau tetapkan hati ini selalu syukur dan redha padaMu.
Semoga Engkau bekalkanku kesabaran yang tinggi untuk menghadapi dugaanMu.
Ameen Ya Rabbal Alamin
No comments:
Post a Comment