Life in Ads =).

Sunday, June 26, 2011

Hai si Jantung hati

Baru mun sedaq, semua nak kena buat balik.

Haish~

Dari awal hingga akhir

Dari kulit ke kulit

Apakah?

Deng!

Jawapan: My beloved research proposal yang tak habis edit lagi ni.

Literature Review section la yang paling parah. Literature review ni umpama jantung dalam sesebuah research. Jadi kalau literature review diserang angin ahmar, confirm bahagian - bahagian badan yang lain jadi lumpuh. 


Allahu Akhbar!


Takpe.. takpe... sket lagi ni mun... You can do it, InsyaAllah. Meh nak cite sket pasal ulasan research proposal edisi pertama yang telah berjaya dihantar ke penyelia/penasihat dua bulan yang lalu. Erk~




Kronologi si Jantung Hati



1. Introduction - Not so organized content
Nota: Be organised! Susun idea supaya teratur macam susunan cawan, pinggan, sudu, garfu dan tisu mulut kat Restoren Lima Bintang tu.

2. Statement of Problem - Unclear statement, ade problem ke idok ni? 
Nota: Of course ade problem. Kalo tak, takkan la nak buat research ni kan? Hehe. Kene tunjukkan aggressive driving ni satu fenomena yang penting macam fenomena basuh tangan dalam apa jua perkara perkara terutamanya makanan dan kesihatan. Heh!

3. Significance of Study - Kena elaborate lebih lagi. Tak cukup. 
Nota: Kena tunjukkan keunikkan research macam pegi Aquaria, bukan setakat tengok ikan. Tapi tengok ikan yang tak wujud di Malaysia, apatah lagi di Asia Tenggara. Gitulah!

4. Literature Review - Kena masukkan objektif kajian - kajian yang telah dijalankan. Measures, sample, control variables, analyses used - Review dengan lebih lagi.
Nota: Part ni yang akan ambik masa yang lama utk dibuat. InsyaAllah, boleh. Latihan menjadikan sempurna, rite? Kena lebih teliti untuk review sesuatu artikel umpama seorang penjahit manik yang perlu menjahit manik warna ber-tone gitu. Harus hati - hati agar nampak spektrum warna seperti pelangi. Baru cantek!

5. Method - Pemilihan responden? Appendix p mana, awat tak letak? Prosedur line clear. Data analysis okeh!
Nota: Appendix lupa nak letak hari tu. Eksaited punya pasai. Deng! Sekarang ni dah siap dah Apendixes (plural?). Appendixes telah ditaip dengan penuh rasa senang hati dan gumbira seumpama menekan kekunci komputer sesuka hati menandakan kerja yang bertimbun timbun tatkala bos datang untuk membuat tinjauan kerja dan mesra dari kubik ke kubik pekerja ;p.
 

No comments:

Post a Comment