InsyaAllah, dalam masa kurang daripada 10 hari ni, kita akan bertemu bulan Ramadhan. Bulan dalam kalendar Islam yang sangat - sangat didambakan.
Pada mun, bulan Ramadhan ni istimewa sangat - sangat. Mcm isi kandungan yang Br. Muhammad Adli mentioned during MPF Youth Camp 2010 hari tu, bulan Ramadhan ada specialities dia yang tersendiri. Dalam bulan ni ada banyak sales dan diskaun yang Allah bagi kepada mereka - mereka yang beriman dan berfikir. Cuba bayangkan, dalam bulan Ramadhan ada solat sunat terawih, ada iftar, ada sahur dan macam - macam lagi. Dalam bulan puasa ni lah nak rebut macam - macam peluang.
Semua muslimin dan muslimat akan cuba untuk kurangkan makan, kurangkan bercakap tentang perkara - perkara tak elok, banyakkan berzikir, banyakkan doa, banyakkan solat sunat dan sebagainya. Kan elok kalau tiap - tiap bulan adalah bulan Ramadhan. ;).
Menyentuh bulan Ramadhan ni, rasa best kalau dapat sambut bulan puasa dengan keluarga masing - masing. Kalau family mun plak, tiap - tiap kali bulan puasa memang meriah. Bukan meriah sebab makanan atau sebagainya, tapi ada kesatuan kt situ. Bukak puasa 1 keluarga, pegi solat terawih sama - sama, sahur sama - sama. Best sangat - sangat.
Alhamdulillah, boleh kata setiap kali bulan puasa, parents mun akan gi buat umrah. Alhamdulillah! Ada jugak beberapa kali mun luahkan rasa nak pegi buat umrah skali dgn parents mun. Tapi reason yang diberikan, "Kakak dok blajaq lagi. Fokus kat blajaq dulu. Nanti bila dah habis blajaq boleh la pi. Lebih baik kalau buat Haji terus. Lebih afdhal." Ye, baeeeeeeeeeek~ Mun akur. tapi mun punya hasrat dan impian untuk pegi buat umrah dengan parents dan family mun time bulan puasa. InsyaAllah.
Ya Allah, Engkau murahkanlah rezekiku, rezeki kedua ibu bapaku, rezeki adik beradikku, rezeki ahli - ahli keluargaku yang lain, rezeki rakan - rakanku, rezeki guru - guruku, rezeki pensyarah - pensyarahku dan rezeki orang - orang yang berbuat baik padaku, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Amiiin...
Bercakap tentang juadah, my favourite kueh is Kek Kukus Hitam dan coq keria (cucur keria). Weeee~ Mun tak memilih makanan sangat. Oh ye, nak berkongsi sesuatu. Dulu time mun sekolah menengah dan sekolah rendah, mun suka tengok rancangan masakan, tak kisah la masakan lauk - pauk atau kuih/kek raya. Mun akan tercongok kat depan tv tu, salin resipi dan kalau ada masa, try buat sendiri. Itu memang hobi yang sangat - sangat spesifik time bulan posa. Layan...
Jadi, ni adalah beberapa KPIs mun untuk bulan Ramadhan kali ni:
1. Buat solat Tahajjud dan solat - solat sunat yang lain pada waktu sebelum subuh
2. Membaca al- Qur'an sekurang - kurangnya 1 muka surat sehari
3. Sahur pada waktunya
4. Buat solat terawih sebanyak hari yang mungkin
InsyaAllah..
Ya Allah, Engkau makbulkanlah dan perkenankanlah hajatku ini. Semoga Engkau menerima amal ibadahku sepanjang bulan Ramadhan dan sepanjang hidup dan hayatku. Sesungguhnya solatku, matiku dan hidupku kerana Mu ya Allah.. Amiin ya Robbal 'Alamin..
Selamat Menyambut Ramadhan....
Ramadhan Kareem.. Ramadhan Mubarak =).
No comments:
Post a Comment