Salam Ramadhan..
This is my second entry in Ramadhan. Alhamdulillah.. sekarang dah masuk hari kelapan umat Islam berpuasa. Lagi 2 hari, pa dan ma akan balik sini dari mengerjakan umrah.. weee~ InsyaAllah, mun dgn adik akan ambik ma dan pa kt KLIA. Nasib baik hari Selasa takdak kelas, jadi bleh la p ambik. :).
Bulan puasa kali ni mun jadi pemalas (Boleh ek gitu?). Tak tau kenapa. ;p. Kalau dulu, bukak posa ramai2 kat OR. ingat lagi aktiviti kami ptg2 : Jalan ramai2 ke bazar ramadhan, solat maghrib, isya' dan terawih sama2. Rindunya time2 mcm tu. Lain pulak dengan sekarang. Gi bazar ramadhan sorang2, terawih pn sorang2.. Nasib baik rumah sepupu mun dekat. Jadi kalau ada kelapangan, memang kt situlah tempat mun berbuka. Yang best nya lagik, ada 2 anak sedara yang ligat dan lincah.. Annas dan Ammar. Si abang dah 1tahun 8bulan, si adik pulak dah 8 bulan. Beza setahun je.. Penat gak ateh (aka mun) melayan keletah dua2 tu..
Lain benar rasanya puasa kali ni. Penat yg melampau2. Padahal bukannya buat apa pn. Makin deteriorate kesihatan ni. Kalau miss sahur tu, memang penat di siang hari. Tapi mun syukur, sungguhpun penat, mun masih sehat.. Bila siang je, selalu dehydrate. Then malam plak, mun minum air banyak2. Lepas sakit teruk bulan 6 hari tu, mun semakin ambil berat tentang makan minum mun. Ye lah, kalau diri sendiri yang tak jaga, sapa nak jaga kan?
InsyaAllah, mun akan balik raya on 18 sept ni. Uwaaa~ lambat lagi.. Start cuti on 11/9 tapi disebabkan adik terchentaku ada kerja, jadi balik lambat la saya ini.. Dok kat rumah mungkin dlm seminggu je, sbb hari raya ke 3/4 mungkin nak bertolak gi kelantan. Weee~ kelate..here i come.. again... InsyaAllah, one of my cousins (sebelah pa) is getting married hari raya ke-5 ni. So, akan ade little family gathering kt kelantan nanti. Time2 raya ni la, sedara - sedara akan kumpul ramai2. Seronok. Time kecik2 dulu seronoknya lain. Bila dah besar ni, seronok sebab kitaorg jarang jumpa. So sekali jumpa tu, abeh riuh rendah dibuatnya..
Okey guys.Till meet again next blog. Jari jemari kaku plak.. Take care. Wasalam.
No comments:
Post a Comment