Life in Ads =).

Sunday, October 30, 2011

Eyeing on Future Endeavours ;).

Lately, I have this habit of 'eyeing' on my future plans.
;D.
It's nice to have those kind of thoughts and ideas on your mind.
It motivates you.
And I believe, if I plan them earlier, InsyaAllah, I can fulfill these dreams. 

For the past 3 years, I learned on how important you plan your life.
It is not the master plan that matters.
What is really important is the to put the plan into action.
I considered myself a failure after my bachelor degree years.
I managed to work for 10 months after I graduated from my Uni.
May Allah forgive my jahil-ness during that time and in future. Ameen
During that time, I wasn't prepared to face (rough) realities outside my campus.
Escapism is the best option that I took. 
Alhamdulillah, I have family and good friends that accompanied my throughout the journey. 
And I'm blessed with that.


As for now, I'm happy with what had happened to me. Syukur ya Allah.
I don't want to make the same mistakes again. InsyaAllah
I want to plan my life accordingly.
I pray that Allah will guide be to be a better and great Khalifah.
I want to go to Jannah. Please help me, Allah!
Ameen...

Friday, October 28, 2011

Aku maafkan kamu!

Lagu ini lagu makan dalam.
Sekian.








p/s: Ouch! Pedasnya cili~ ;p.

4 hari lagi.. Grrrrr~

Alhamdulillah, syukur di atas segala nikmat dan ujian yang diberikan oleh Allah

What a hectic week!
Last 3 days, mun jadi driver untuk my family.
They came here because my sister got a meeting in Shah Alam.
Not much on the driver part that I want to emphasize. But, it is more on the time spend and activities done with my family.
Eventhough rasa penat, tapi I feel good about it!
Alhamdulillah... :D.
Aih, driving pun penat ke? Ewah - ewah 
Driving pun boleh buat kita stress tau (baca/rujuk/google: Commuting Stress).
Alhamdulillah, managed to send my proposal to the three readers.
Doa mun adalah supaya Allah lembutkan dan rationalkan hati mereka tatkala mereka membaca proposal mun. Ameen
Time nak hantar proposal tu, rasa cuak yang teramat sangat. Allah saja yang tahu.
Whatever it is, I know I have to get it done. Sungguhpun something unhappy happened just before I submitted my proposal, I won't vanish my semangat untuk habiskan my thesis. I get full support from my friends and fellow friends. Syukur. I really hope that Allah ease my path in completing my thesis - defend proposal at Department and Kulliyyah, collect data, analysis, writing, results from examiners and binding the thesis. Ameen... 

Pray for me okey, readers?



Friday, October 21, 2011

Langkah melangkah

Dah dua hari menyimpan hasrat update blog. Akhirnya dapat juga tunaikan hasrat tu. Entri ni mungkin nampak biasa saja. Tapi perasaan di sebalik nampak biasa saja tu lebih luar biasa. 

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah di atas segala rahmat dan ujian diberikan atas diri. 
19 October 2011 adalah langkah permulaan kecil kepada sesuatu yang lebih besar - Presentation of my research proposal.

Bukanlah kali pertama present research proposal di hadapan rakan - rakan postgraduate. Ya, ianya kali kedua. March 2010, present topik lama (Relationship between Work Stress, Personality and Cyberslacking). Sekarang dengan topik baru - Relationship between Work Stress, Anger and Aggressive Driving.  Bergelut juga untuk final topik ni. Macam - macam jadi. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan untuk berjuang dan teruskan perjuangan.  

Tak ramai yang hadir untuk presentation mun dan Affezah (my coursemate). Tapi segala - galanya berjalan dengan lancar. Dalam hati dah niat untuk mendapatkan maklum balas positif daripada kawan - kawan mengenai proposal. Alhamdulillah, Allah makbulkan. Kadang - kadang bila kita terlalu tumpukan perhatian terhadap proposal, kita tak nampak kecacatan/kesalahan sendiri. Jadi perlukan kawan - kawan untuk pantulan idea - idea yang lebih bernas dan juga nasihat yang berguna untuk langkah - langkah kecil yang seterusnya. Kalau ikutkan supervisor mun, nak saja teruskan dengan defense proposal. Tapi mun tak confident dengan diri sendiri. Jadi, mintak kebenaran daripada supervisor untuk present dulu depan kawan - kawan. Ada je kawan - kawan yang terus defend proposal tanpa present dulu. Itu pilihan mereka dan supervisor mereka. Up to them la kan. As for me, I am comfortable to present it first to my friends. Takut kena kritik? Ya, mungkin. Mun pernah ditegur oleh bapak mun berkenaan dengan takut kritikan. At one point, mun mengaku, mun takut dikritik sebabnya mun seorang yang agak perfectionist. Jadi bila ada kritikan, mun akan rasa down. Tapi hakikatnya, tak dak satu benda dalam dunia ni yang sempurna; Hanya Allah Maha Sempurna. 

Alhamdulillah, ulasan kawan - kawan membantu untuk mun terus upgrade proposal mun sebelum defense di peringkat department. Kebanyakan kawan - kawan komen pada bahagian Method - Participants, Scales yang bakal digunakan. Rasa gembira dapat ulasan macam tu. Rasanya topik mun agak straight forward. Jadi senang orang nak faham kan? Bagus lah gitu. Mun harap langkah seterusnya dipermudahkan oleh Allah - Defense proposal pada 2hb November 2011. 

Rasa tak percaya pun ada. Rasa tak yakin pun ada. Betul ke aku nak defend proposal? Proposal aku nampak macam cikai je? Orang lain buat proposal topik yang canggeh manggeh. Tapi, topik aku ni... alahai.. Hmmm... Itulah thoughts yang mun perlu overcome sebelum sampai hari 2 November ni.

Apa yang perlu dibuat sekarang, tengok pada langkah - langkah kecil yang mendatang. Semoga apa yang dituai sekarang, dapat hasil tanamannya nanti. Doakan mun ye kawan - kawan supaya Allah berkati usaha mun. Terima kasih! ;).


p/s: InsyaAllah mun, you can do it!

Tuesday, October 18, 2011

Monday, October 17, 2011

Okei! Jom karaoke... :p.



p/s: Okei! Sambil karaoke boleh gerakkan kepala ke kiri dan ke kanan secara pelahan (dan berjemaah - kalau nyanyi ramai - ramai). Sebab apa?? Sebab ni lagu nasheed, bukan lagu headbanging. Sekian ;).

Friday, October 14, 2011

I'm craving for .....


Oreo Blended - JCo.
and


Coffee bean Ice Blended!






Anyone wants to belanja me?
Heeeeeeeeeeeee~
;).

Doa Kesedihan

 
Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda; “Barangsiapa yang selalu ditimpa kesedihan (kegundahan), maka hendaklah dia membaca:

"Ya Allah, sesungguhnya aku ialah hamba-Mu, dan anak abdi-Mu, dan anak amah-Mu (budak-budak pelayan), dan (berada) dalam genggaman-Mu, ubun-ubunku di tangan-Mu, dan berlaku ke atas aku (diriku) hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon kepada-Mu dengan semua nama milik-Mu, (sama ada) yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkannya di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib di sisi-Mu, agar Engkau jadikanlah al-Quran sebagai penghibur hatiku, dan sebagai penawar kesedihanku serta kedukaanku."

Tidak seorang hambapun yang membaca doa tersebut melainkan Allah hilangkan kedukaannya dan diganti-Nya (kesedihan itu) dengan kegembiraan.”

(Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Hibban) 


Sumber: Rahsia di Sebalik Doa Kesedihan




p/s: La Tahzan!

Tuesday, October 11, 2011

;).

".... this is a real sahabat sejati"

NP

Thank you for such a wonderful ukhuwwah.
Persahabatan sampai mati.
InsyaAllah

Sunday, October 09, 2011

Cuma,

kadang - kadang hati terusik.
;(.


p/s: Mun, life goes on. InsyaAllah, you can make it through. Ameen.

Outing with KMS Muhasibun ;).

Alhamdulillah
Yesterday, I managed to join KMS Muhasibun (school prefects) for their end of year outing
I miss them terribly ;(.
They made me smile all the way yesterday
Just love them
Thanks to Zarina Zaimi, Zu, Nurul and her twin sister
May Allah bless all of you








You can see most of the pictures contain only the boys. I dont mean to be bias but the internet connection is so so siput sedut that I can't upload pictures of adorable KMS sisters. Anyway, enjoy the pictures. I pray to Allah that they will grow up and become excellent Khalifah of Allah.
Love them all
*Hugs*

Seni berjuang



Mula - mula dengaq lagu ni ingatkan lagu Mestica.
Ghupe - ghupenya lagu Nowseeheart
Pertama kali dengar terus terpikat dengan lagu ni
Sebuah lagu yang sangat catchy
Mun suka elemen tradisional dalam lagu ni
Macam berseloka plak

Seloka, seloka jugak
Tapi mesej tu yang penting
Kalau tidak, apa pun tak boleh
;).


Lirik Lagu: Seni Berjuang - Nowseeheart

Alun lagu tingka bersatu
Kulit rebana dipukul sama
Baru tahu adat Melayu
Berhibur bersuka sampai ke tua

Bukan mahu lidah bertaki
Tidaklah pula meledang sasa
Terlajak perahu boleh kembali
Terlajak kata boleh binasa

Chorus:
Juang ku berjuang
Lewat bait irama ini
Senang ku kan senang
Tiada perit syurga menanti

Menyusun parang diikat tenang
Galas dibahu tanda sedia
Bukannya juang dimedan perang
Hanya berlagu penuh bermakna

Usah diusik tedung yang lena
Dipanah bisa maut menanti
Seruling gemersik pasti terjaga
Segala rencana khusyuk turuti



p/s: Sedang dan akan terus berjuang! Haaaaaaaaaaaaaaaiyak~ ;).

Saturday, October 08, 2011

Rasanya.... betul - betul ho liao!!!





Alhamdulillah! Akhirnya berjaya mengganjarkan diri
Mun, ade ke perkataan mengganjarkan tu? -.-'
Dapat gak makan aiskrim magnum
Janji kepada diri sendiri sudah ditunaikan
InsyaAllah, akan tunaikan janji - janji lain 
;).


p/s: Janji manismu -.-"

Friday, October 07, 2011

Lambaian Temasek

Tetiba rasa nak pergi Singapura.
Rasa seronok jalan - jalan kat sana.
Sungguhpun ada beberapa kesulitan (cth: Nak cari toilet yang ade air dalam toilet agak sukar), mun suka dengan infrastruktur dan kemudahan yang ada kat sana.
Rasa senang hati.
Dan semestinya, mun suka berada dengan rakan - rakan Singapura di UIA.
Mereka sangat generous.
Mereka sangat friendly.
Aisyah, Suli, Shasha, Mary, Darwis, Kak Hilmah dan lain - lain.
Teringin nak shoping tudung AKEL kat Geylang.
Mun sebenarnya kureng sket tudung - tudung bawal. Kalau bawal plain tu layan lah. Huhu




Hmmmmmmmmmmm.....


 

Thursday, October 06, 2011

Hujung Minggu Ini

Lagi 4 hari birthday ayahanda tersayang.

Hadiah?

Hari tu bulan 7 dah bagi. Hikhik.

Thinking of making a card.

Of course, with quilled art on it.

Yeay!

Sememangnya dah lama tak berquilling. Jangan lupa teknik - teknik nak berquilling sudehhhh~ ;p.

InsyaAllah, a card for Pa!




p/s: InsyaAllah, weekend yang menenangkan! ;).

 

Akhirnya yang pertama itu sempurna...

Alhamdulillah...
Syukur ke hadrat Illahi...
Hari ni 6 September 2011
Tepat pukul 2.52ptg
Berjaya siapkan deraf pertama untuk proposal

What? Proposal? 
Bukan selama ni dah siap ka proposal?
Oh noooooooo!
Okei! Fain!

Boleh refer balik dalam entri - entri mun yang lepas; Asyik - asyik cerita pasal research propoooooooooooosal je. Takde benda lain.
Takpa.. takpa..
Kalau tak sabaq, dok guaq!
Ngeh ngeh!

Eh, patutnya entri ni seriyes,
Apasal main - main
Isk.. isk..
Astagfirullah..

Ok. kita sambung cerita balik.
Ha, kat mana kita tadi?
Kat blog mun kan.
Ohh yes, betul tu.
Alhamdulillah, tadi dah berjaya print proposal (baca: deraf pertama okei!) dan hantar ke proposal. Tak hantaq pun sebenaqnya, I just slipped under her door.
Begitulah alkisahnya.

Mun peruntukkan masa dalam 9 hari untuk siapkan semua kerja.
Nak tau kerja - kerja-in apa?
Meh mun list down:
1. Cari lagi literature (usaha ni memang dari dulu lagi.. ye la, dari topik dulu sampai topik baru sekarang)
2. Baca dan review literature yang dicari
3. Susun rangka untuk ditulis.

Nak kata pandai sangat buat research proposal tu, idok ler. Tapi memandangkan pengalaman yang bertambah tambah dari hari ke hari tu, membantu jugak lah dalam perkembangan usaha ke arah mencapai matlamat menghantar proposal dalam masa yang singkat. Singkat yang lagu mana tu? Oh well, ada orang ambik masa 1 bulan untuk siapkan proposal. Ada yang ambik masa...er.. mungkin berbulan - bulan... Pada mun, dua - dua pengalaman tu mun dah lalui. Bila fikir - fikir balik, ada peningkatan terhadap skill mereview (apa punya perkataan daaa?) dan menulis. Alhamdulillah! Belajar dari cara yang susah. Ya, memang agak susah. Mana ada orang buat research proposal dalam masa kurang dari 15 hari? Rasa bengong pun ada jugak. Pelik, dulu berbulan - bulan nak siapkan seketul proposal. 


Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan mun untuk siapkan proposal dan hantar within time yang dah dipersetujui oleh mun dan supervisor. Allah telah perkenankan doa mun dan doa orang - orang terdekat yang memahami situasi mun. Rasa magika betul. Fantastika. Magika ka, fantastika ka, itu semua kerja Allah. Dulu time buat proposal, mun rasa berat hati sangat. Seolah - olah ada yang mengganggu. Rasa tak boleh fokus! Rasa tak tenteram. Tapi Alhamdulillah, sekarang dah okeh.  


Allah jadikan sesuatu perkara tu cantik sangat! Cun! Sebab Dia paling tahu mun macam mana. Dia jadikan mun suffer sket awal - awal sem, dan akhirnya Allah bagi pelangi. Dan mun lebih suka untuk menderita daripada bahagia je tanpa ujian. Mun tak sempurna. Jadi ketidaksempurnaan tu la yang boleh bawak bahagia untuk mun....

Sekarang ni, tak bererti mun dah boleh senang lenang, goyang kaki, bangun lewat bagai.. No.. no no... Mun harus istiqamah.. sebab ini ujian untuk mun, ini jihad mun. Jihad ilmu la katakan... ;).Mudah - mudahan Allah permudahkan.


Dalam bulan ni akan ada 2 KPI yang nak capai. Pertama, dapatkan green light from my supervisor on the proposal untuk dipertahankan (baca: defend). Kedua: defend proposal di hadapan rakan - rakan dan staf akademik  di department. 


InsyaAllah mun, you can do this!

Allah ada bersamamu.
Dia menjagamu.
Dia ada.
Sentiasa. 




=).


p/s: Boleh la self-reward dengan ini.

Monday, October 03, 2011

Fikirlah!


Pegang sesuatu benda tu, jangan terlampau kuat,
Takut nanti kita takkan dapat apa - apa.

Cuba kita bukak tangan kita luas - luas.
InsyaAllah, kita akan dapat lebih banyak daripada apa yang kita pegang.


- Ilham daripada Burning Flames 3, 8TV -

p/s: Pemikiran abstrak. Tertakluk kepada perkara yang bukan syariatullah dan sunnatullah. Fikirlah!



Sunday, October 02, 2011

Dust is my bed - Farshi Turob

Anger - State and Trait

  
Fact:  Most people would feel annoyed or experience anger at least 10 times a day.

(Bensimon, 1997)


p/s: Astaghfar banyak - banyak! ;).