Life in Ads =).

Friday, April 29, 2011

Busy as Bee

I'm in the middle of meeting.

Meeting?

Yes.

Today, I got two meetings.

One in the morning.

One in late afternoon.

Now (9.45p.m. Malaysian time), still in the meeting.

Busy as bee, I am.

InsyaAllah, hope I can give something to Muslim ummah.

Fardhu Kifayah la katakan ;p.



p/s: Counting days to submit my research proposal. I'm almost finish. Done 50% already. May Allah ease my path, give me lots and tones and abundance of ideas for my proposal write up!  

Wednesday, April 27, 2011

Wishful thinking 2

These Rayban Wayfarer are COOL!


1. Pink :D. 

2. White ;).




3. Violet =D.




*Wink*Wink*

 




 

Hampir ke situ

InsyaAllah... beberapa hari lagi akan ke 'situ'.

Mohon dipermudahkan segala urusan.

Mohon diberi kekuatan untuk sampai ke situ.

Mohon diberikan semangat untuk terus berjuang...

 

Tuesday, April 26, 2011

Sensitif?

Semenjak kebelakangan ni, mun perasan hati kulit mun sangat sensitif pada keadaan fizikal & persekitaran) dan psikologi diri mun.

Yep, mun stress lately.

Mun perasan tiap - tiap hari mesti kulit rasa gatal - gatal. Kadang - kadang tu bersebab, kadang - kadang tak bersebab atau tak dapat dikenalpasti sebabnya.

Hairan. Ajaib.

Dulu masa mula - mula masuk matric, mun diserang sakit eczema (sejenis penyakit kulit atau nama glamornya elergi)/ Ianya bermula pada suatu malam setelah menjamah nasi goreng ayam kicap di salah sebuah kafe kat matric tu. Time tu seluruh badan dah bengkak - bengkak. Series rasa badan nk meletup sebab bengkak yang teramat. Eczema menyerang sampai tahap mata jadi sepet dan merah. Phew~

Dek kerana mendapat Postan (pain killer) dan  daripada pihak klinik UIA (Klinik UIA memang banyak stok ubat ni ye, sekian terima qaseh), mun buat keputusan untuk mendapatkan rawatan luar. Haaa.. skali kene cucuk ubat daaa... sebabnya? Sebabnya eczema tu memang dah teruk tahap gaban dan power rangers. 

Since daripada peristiwa itu, maka mun pun telah memantangkan diri dengan tidak mengambil makanan - makanan yang berasaskan ayam, ikan - ikan berbisa (tak kira la ikan tu originated dari sungai ke laut ke parit ke) dan juga seafood. Perrrrrrrrrrrrrrgh! Betapa kuciwanya diriku ini pada awal - awal kejadian itu. Sedih gak la. Di hati ini hanya Tuhan yang tahu (lagu UNIC ;p.) betapa rasa kuciwanya bila pi tempat yang disediakan/dijual yang tiada masakan berasaskan daging (sebab daging je bleh makan time tu). Stress pun ia jugak. 

Family mun boleh kata kulit kami ni agak sensitip la. Pa adalah orang yang paling lama skali kena eczema, since dia umur 35 tahun. Tapi mun kena eczema start umur 19tahun. Bila mun discover yang mun kena eczema, mun bagitau kat Pa. Pa bunyi macam sedih mengenangkan nasib anaknya yang jauh di perantauan itu kena eczema pada usia yang agak muda. 

Walau apa2pun, mun rasa ada hikmah atas apa yang Allah dah takdirkan dalam hidup mun i.e. tak boleh makan ayam dan seafood. Akibat berpantang, mun telah turun berat badan. Mungkin ianya salah satu faktor la. Faktor - faktor lain seperti berjauhan dari masakan  rumah dan lauk pauk yg dijual kat cafe kolej tak menepati piawaian darahku. hehe...

Mun agak kuat berpantang laa sebab takmau jatuh sakit, tanak garu - garu, tanak bengkak - bengkak badan. Dan alhamdulillah, lepas mun grad dari UIA, mun boleh makan ayam dan seafood balik. A big SYUKUR over there yaaa! Alhamdulillah. Memang Allah bagi keajaiban kat mun. Seriyes! :D.

Cuma sekarang ni kenalah berjaga - jaga kalau makanan. Mun fikir Allah nak remind mun supaya makan ikut keperluan dan bukan ikut nafsu. ;). Penyakit eczema tu still ade cuma dah kurang aktif. Tapi kalau mun stress ataupun terlebih makan udang ke, kerang ke, sotong ke, ianya akan naik tapi sket - sket je la.. 

Lagi satu, mun agak elergik kat habuk - habuk dan juga tanah. Orang cakap kalo alah dengan habuk tu umpama miang dengan habuk tu. Ini bukan bermaksud saya gatal dengan habuk ye. Bukan nak bermanja- manja dengan habuk ye. Sekian. Pasal tanah tu plak, mun bukannya nk berlagak jadi anak orang kaya ye. Nak duduk - duduk dan jadi hebat. Oh tidak, jangan di salah ertikan ye. Dulu time blajaq Pertanian dalam Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) tu ade gak la try gemboq2 tanah tu tapi tak lama la.. Lps tu confirm gatal - gatal tangan. Huhu.. Takpalah... tak dapat berbakti kepada tanah, berbakti kat benda lain pun ok kan? hehe...

Jadi, apa moral of the story? 

Jangan makan ayam banyak - banyak? No.
Jangan pi klinik UIA kalau sakit? No. Tett.

Duduk diam - diam ubi berisi saja apabila orang lain sibuk berkebun bagai. No.

Jawapan: Bersyukurlah dengan setiap apa yang Allah kurniakan dan bersyukurlah dengan setiap ujian yang diturunkan oleh Allah. Dia tu Paling Mengetahui sedangkan kita ni lemah, tak tau apa - apa. Apa yang penting adalah sabar dan cari jalan keluar untuk mengatasi masalah tu. Ambik positive intervention. Cewah.. speaking london bridge plak.. 

Eh mun, ko bukan tengah taip proposal ke?

*wink*wink*

Wishful thinking...

I wish to be here (see picture below).... at this moment

Close to nature....

Close to the beach...

Serenity....

Tranquility....

Source: Deviantart

Ujian itu 'sekolah' dari Allah

Tak terlintas hati untuk menaip entri tatkala hati dan fikiran ligat berfikir banyak kerja - kerja yang hendak diselesaikan.

Tapi aku tahu, aku perlu rehat sebentar sebelum melaksanakan kerja - kerjaku. Biar aku tenang dalam bekerja. 

Nampaknya deadline yang telah diletakkan semakin hampir.

Makin hari makin menghimpit.

Ya, aku dihimpit dengan kerja - kerja yang makin lama makin membiak jadinya.

Targetnya mahu habiskan draft proposal hujung bulan ni. Ya, masih berbaki beberapa hari sebelum masuk bulan Mei.

Semakin hari semakin ada kerja/hal yang mendatang. Tak mampu menepis. Tak mampu menolak.

Ya, kadang - kadang aku tak firm dengan diri sendiri dan orang lain.

Sabar mun...

Ini ujian dari Allah. Dia mahu kau kuat menempuh ujian hidup. Dia tahu di mana kekuatan dirimu..

Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusanku dan lancarkanlah ilham di fikiranku, tiupkanlah kesabaran dalam menghadapi kesulitan. Ameen....


p/s: Semoga aku terus dibekalkan kesabaran dan keikhlasan dalam setiap urusan hidupku. Sesungguhnya solatku, amalku, hidupku dan matiku kerana Mu, Allah.

Friday, April 22, 2011

Sheikh Sudais; Imam Masjidil Haram di Malaysia!!

Yang Berbahagia Dr. Sheikh Sudais; Imam kanan di Masjidil Haram sudah di Malaysia sejak beberapa hari yang lalu. Mun tau kedatangan Yang Berbahagia Dr. Sheikh Sudais pun daripada Adik Mun yang call semalam. Katanya Dr. Sheikh Sudais memberikan tazkirah pada selepas waktu Maghrib, hari Rabu (20 April 2011) di Masjid UIA. Patut la lepas maghrib hari Rabu lepas dengar orang  bagi takzirah tapi tak sangka pulak Dr. Sheikh Sudais. Bilik mun agak dekat dengan masjid UIA jadi boleh dengar sayup - sayup tazkirah yang diberikan. 


Kalau nak tau dengan lebih lanjut aktiviti Yang Berbahagia Dr. Sheikh as- Sudais boleh ke sini atau ke sini (Penghargaan buat Saudara Shahmuzir). 

Mun mula mengenali Sheikh as - Sudais ni selepas Ma dan Pa pasangkan kaset alunan ayat - ayat suci al - Qur'an ketika kami menaiki kenderaan. Memang suka sangat dengan cara bacaan dia tapi apa yang lebih penting sebenarnya adalah pemahaman kita terhadap ayat - ayat al - Qur'an. Itu rasanya yang lebih penting. Surah yang paling mun minati kalau dengar dia mengaji adalah Surah ar - Rahman.


Sangat sejuk hati bila dengar Imam Sheikh as - Sudais melantunkan suara, memperdengarkan ayat - ayat al - Qur'an. Yang paling best skali bila Sheikh Sudais menangis time sembahyang. Kita ni plak menangis time sembahyang bukannya sebab khusyuk sangat dalam solat tapi sebab lain. Tett! especially time hati tak tenteram sangat kan.. 

Bila mun dengar berita bahawa Sheikh Sudais ada kat Malaysia. Rasa teringin untuk berimamkan beliau. Siapa tahu, andai ada kesempatan, boleh pergi kan? InsyaAllah...


InsyaAllah, andai Allah murahkan rezeki dan panjangkan umur, mun nak pergi buat umrah skali dengan parents mun. Dah lama pendamkan impian tu. Bila proposed kat Ma dengan Pa selalu kene reject. Uhuk.. uhuk.. tapi rejectnya rational. Ma dengan Pa suh pergi Haji dulu.. Itu yang wajib. Buat umrah tu bila - bila masa kan... Mana tau, tahun ni bleh buat umrah sama - sama dengan Ma dengan Pa. Dah lama sangat teringin... Allahu 'alam.... Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui... =).

Thursday, April 21, 2011

Homesick

Bila dok tengah review literature, teringat kat kampung halaman. Teringat kat Ma dan Pa. 



*Nanges*

T________________T


Pause!



Ya Allah, berkatilah hidup kedua ibu bapaku dan rahmatilah mereka. Ameen Ya Rabbal 'Alamin.

Wednesday, April 20, 2011

Impian Mun (Part 2)

Semalam mun teman kawan mun tempah rumah kat syarikat developer rumah kat Kota Damansara. Sebagai seorang mobile GPS, mun pun tunjuklah jalan dari UIA ke Kota Damansara. Then bila sampai ke opis syarikat developer tu, ada banyak model - model rumah kat situ. Kawasan rumah yang kawan mun nak beli tu baru nak dimajukan dan dibuka. Official launching untuk kawasan perumahan yang kawan mun nak beli tu akan berlangsung hari Sabtu ni. Jadi sebelum diadakan official launching, diaorang buat promotion sebanyak RM20,000. Banyak tu.. Jadi kawan mun ni rebut peluang utk beli time ianya masih murah lagi. 


***Gambar ihsan: Encik Ahmad Google. Ce teka gambar rumah sape tu?
Hint: Hujan dan Korea! ;).

Sementara kawan mun tu dok bincang - bincang dengan orang syarikat developer tu, mun pun ronda - ronda tengok model - model rumah yang ada. Perrrgh! Ada yang semi D, ada yang terrace (teres). Keluasan dia plak lain lain.. 22 x 75 la, 24 x 75 la.. Pastu ada macam - macam design. Ada yang moden dan kontemporari. Ada yang sedikit old skool. Hehe... Mun takde la pandai sangat nak beli - beli rumah neh. Tapi bila tengok orang lain beli rumah, terasa ingin ada rumah sendiri dengan duit sendiri. Dulu mun penah buat enrti pasal Impian Rumah mun kan? (klik di sini). Hehe.. Jadi inilah entri sambungannya.. ;p. 

Sekarang ni harga rumah amatlah mahal berbanding dulu. Dan yang paling  penting adalah kawasan. Area kawasan rumah kawan mun nak beli tu almost 350,000 plus plus. Erk~ Yelah, kawasan Kay Ell kan.. jangan harap la nak dapatkan harga rumah mcm RM200,000 mcm kat Kedah kan. Kalau nak rumah banglo (ke?) dengan harga RM300,000 plus plus, silalah anda beli rumah kat Sg. Petani ke Aloq Staq ke.. hehe.. 

InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, mun akan ada rumah sendiri. Tapi kemungkinan besar mun akan beli rumah area Bangi la kot sebab insyaAllah akan keja area2 tu (kan?) InsyaAllah... Doakan mun ye... Lagipun one of my cousins is staying there. Dia pun dok pujuk - pujuk mun suruh beli rumah area - area tu. Senang kalau ada sedara mara yang dok dekat dengan rumah kita. Kalau ada apa - apa terkejut tergempaq bleh terpa pi! (Sila baca dalam nada slang Kedah ye, terima kasih). Hehe..


Rasanya seronok kat pi survey rumah - rumah ni. Tengok jenis rumah, jenis kawasan, strategik ke tak, dekat tak dengan masjid, dekat tak dengan kedai. tak salah untuk survey dari sekarang kan. So, dari sekarang ni boleh start planning untuk beli sebuah rumah...


p/s: Baiti Jannati ;).


 

Sunday, April 17, 2011

Sepi

Puisi Sepi - Baizura Kahar

Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku
Tanpa dia
Malam menemani aku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi
Sepertiku 


Thursday, April 14, 2011

Psst... Results practicum dah kluar..

Alhamdulillah...

Hikhik...


Wink

Wink 

p/s: Motivasi untuk berproposal. Yeah~ you can do it, Mun! InsyaAllah!

Dan pelajar yang tersingkir adalah...

Dulu.. dulu time ambik degree, kalo tengok students lain tarik beg macam dalam rancangan Akademi Fantasia tu, rasa nk packing baju - baju, kemas bilik je walaupun paper exam belum habis lagi. 


***Gambar ihsan: En. Ahmad Google 

Tapi sekarang ni bila tengok orang suma pakat tarik beg (balik kampung), dah takde perasaan apa apa. Kosong. Dulu kalau dapat preliminary time table, mesti cari tarikh untuk last paper. Then, beberapa hari atau seminggu selepas final time table kluar, trus pi beli tiket. Semangat balik kampung la katakan. Tak pernah sepanjang umur time degree dulu nak balik awal. Boleh dikatakan mun antara orang yang terakhir balik. Roomate dulu course lain - lain. Jadi, timing balik pun tak sama. Paling tidak pun, mun balik malam... yang second last tu balik pagi. Sama gak kan... Dakulah orang terakhir untuk tutup dan kunci pintu bilik tu... 

Namun sekarang ni, dah tak ambik peduli. Ko nak seret beg depan daku ker. Nak tolak beg laju laju ker, slow slow ker.. Oh, you do your own business. I do mine, okeh? 


Yang penting sekarang ni mahu siapkan proposal. Ye, tiap - tiap hari dibayangi proposal. Hantu proposal.. oh... Proposal yang hantu? (Erk~~~) Sampaikan tidur bermimpikan proposal. Apakah? Adakah sudah jatuh cinta dengan proposal; makan tak basah, mandi tak lena, tidur tak kenyang? 

Haish~~~~

Wednesday, April 13, 2011

Apabila...

Bila diungkapkan, ianya doa, ianya janji (pada diri)
Bila dipendamkan, ianya seksa, ianya iri dalam hati. 



***Picture: Copyright reserved by ALLAH and a.n.a.k.b.u.l.a.n.

 
p/s: Rindu pada Kit Quilling. Miss you! ;).

Kepadamu teman,

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janji-Nya
Bertemu berpisah kita
Pada rahmat dan kasih-Nya

Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita, hadirlah cahaya

Brothers, Untukmu Teman, 2004.

Tuesday, April 12, 2011

La Illaha Illa Allah

This is a catchy song by Br. Mesut Kurtis. Really like this song. Maybe I can teach Annas and Ammar this song since they can pick up Maher Zain's InsyaAllah already! ;).



Every night and every day
Every night and every day
Never forget to say
La ilaha illa Allah
(Nothing worthy of worship except Allah)

When you’re walking down the street
And you see the clouds in the sky
Praise Him and always repeat
The name of The Most High
And say with every heartbeat
La ilaha illa Allah

Chorus


No matter where you are or what you do
Remember Allah is watching over you
He’s the Light of Heavens and Earth
He’s the first, and He is the last
Obey Him and always say
La ilaha illa Allah

Chorus

La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
Never forget to say
La ilaha illa Allah

Chorus

La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah


Kias Cinta

Sangat soothing bila dengar lagu ni....

Buat rasa syukur...
Rasa tenang...



Lirik: Kias Cinta
Munsyid: Suhaimi 

Seandainya dunia tiada warna
tetap kan ku kagumi
indah maya alam ciptaanNya
kudratNya ku agungi

Namun jalin warna zahirlah sang pelangi
menyisih mendung menambat seri
terbias semua cahaya
nyata ilham di alam mimpi
betapa ku syukuri nikmatNya
ku pasti

Begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

Tika dalam gelita
atau sepi kembara
dihadirkan rasa cinta
sisih segala duka
anugerah dariNya

Hanyalah cintaNya yang amat ku harapkan
tiada lain yang jadi rayuan
namun Dia Maha Mengerti
tak mampu insan bersendiri
menempuh dugaan yang menguji
naluri

Begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

Tak akan ku persia
limpah rahmat yang Esa
bagaikan jalinan warna
yang menyulam cahaya
biasan kasihNya

Moga tak diuji asyik cinta duniawi
mengharap teduh redha Ilahi
kerna segala kurnia
hadirnya hanyalah pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia 


p/s: Finding serenity... 

Hilang fokus!


Sekarang ni dah sampai pertengahan bulan April.


Progress untuk Research Proposal: 


Chapter 1: Introduction SIAP!


Statement of Problem BELUM!


Significance of Study BELUM!


Research Questions BELUM!


Hmmmmmmmmmm....






Astagfirullah...


Hilang fokus minggu ini...


Fikiran agak kusut...

Fikir itu... fikir ini.. dan bukan fikir research proposal...

Bagaimana harus tenteram hati dan fokus proposal?


Ya Allah, aku mohon pertolongan dari Mu.. tunjukkan ku jalan.. tenteramkanlah hatiku... Ameen...


Aku harus bulatkan hati.. Must get back on track! Tinggalkan sebentar kekusutan dan fokus pada kerja - kerja yang telah ku susun.


Mun, never give up mun. There will be ups and downs along the way. You can do it, Mun. Just do it! 


InsyaAllah, ada jalannya.


Kusut..... pi main jauh - jauh. plish?


For the meantime, enjoy this song by Anuar Zain. Love this song!






p/s: T______T

Friday, April 08, 2011

Deactivating...

Esok genap seminggu mun deactivate account Facebook. Keputusan ni dibuat setelah berazam untuk habiskan research proposal bulan April, yakni bulan ni. Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan untuk itu. Pada sesetengah orang mungkin rasa benda ni kecik je kan. Tapi pada mun, ianya sederhana besar. Huhu Bukan nak kecoh - kecoh atau apapun. Tapi mun paksa diri mun untuk deactivate Facebook tu. Mun rasa deactivating Facebook tu adalah salah satu cara yang berkesan untuk mun terus fokus kepada proposal. Dan alhamdulillah, kerja pun dah mula berjalan mengikut perancangan. 

Rutin harian mun kalau ada Facebook adalah seperti berikut:

Pagi - Facebook

Petang - Facebook

Malam - Facebook

Haaa~ dah jadi macam pola pemakanan harian dah. Hehe.. Dulu bilik mun agak jauh dari Cafe Mahallah (tempat di mana, wireless internet laju) dan sekarang ni dah dekat. Kalau tak ramai orang pakai, laju je internet ni. 


Ada jugak la 2 3 orang yang bertanya kenapa mun deactivate Facebook. Terima kasih di atas keperihatinan anda. Itu tandanya anda cdncern terhadap saya. Heeeeee~ :D.Ade yang ingat mun merajuk, then trus off Facebook. Tapi itu bukanlah penyebabnya. Memang mun dah nekad nak deactivate Facebook. Tapi bila dah activate ni rasa rindu nak post informasi - informasi kat wall untuk pengetahuan dan kesedaran orang lain. But I think, might as well mun letak je kat blog ni kan?*wink*wink*



p/s: I have hurt someone's feeling. I have apologized Hmmm.. I'm sorry. I hope you understand.  T________T



Campaign - No Phone Zone Campaign

Tengah dok browse website Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia dan terjumpa satu kempen yang menarik : No Phone Zone Campaign.

Pernah tak bila anda atau orang lain yang menjadi pemandu, nampak pemandu lain, diulangi PEMANDU lain tengah cakap phone (sangat obvious apabila handphone di tangan dan ditekapkan dekat telinga). Ianya sangat annoying okeh~ Banyak kali jugak mun terserempak dengan pemandu - pemandu yang lebih sayangkan waktu berbual ketika memandu berbanding waktu sakit di hospital (nauzubillah). 

Mun akui, dulu mun agak tegar bercakap dan juga SMS ketika memandu. Tapi apabila ditegur dan mun fikir, ianya sesuatu yang membahayakan mun dan juga pemandu yang lain, jadi mun pun dah tak buat gitu. Dalam kata lain, mun dah insaf. Dan harapnya mun tak ulangi 'kegiatan' tu lagi. 


Sebenarnya bila di jalan raya,banyak benda yang memerlukan attention kita.
Nak tengok traffic light, nak tengok pergerakkan pemandu lain, nak tengak had kelajuan, nak tengok keindahan alam ciptaan Allah, nak tengok signal kereta kat depan, nak tengok speedo meter kereta, nak tengok simpang jalan depan dan nak tengok maaaaaaaaaaaaaaaaaacam maaaaaaaaaaaaacam lagi. Banyak proses-proses kognitif yang berlaku seperti perhatian (attention), membuat keputusan (decision making) dan kepekaan (alertness).Wah mun, bahasa melayu ko macam hebat. heh

Dan mun rasa berbangga jugak la bila ada pihak seperti HELP University College buat Kempen Zon Tiada Telefon dengan kerjasama JKJR. Hope sesiapa yang berminat boleh la ke laman web ni:

No Phone Zone Campaign 

Akhir kata daripada mun,   LOVE LIFE! (Tagline MIROS! Hehe) dan Jadilah pemandu yang berhemat di jalan raya.

Wednesday, April 06, 2011

It's raining! Alhamdulillah

Sekarang ni pkl 1.50 pagi (waktu tempatan ;p.)

Tengah hujan...

Nyaman....

Seronok sangat....

Bukak tingkap rasa macam bukak air con..

Best! 

**Rasa nak melompat - lompat dan berjoget - joget dalam bilik sorang - sorang.hehe**

Berteleku kat tingkap time - time hujan memang best...

Seronok pandang langit...

Sungguhpun langit gelap...

Hanya nampak titisan air hujan...

Hati rasa bahagia...

Rasa syukur...rasa puas


Alhamdulillah!

Terima kasih Allah atas kurniaan hujan..

Perpisahan Ini - 1st Edition featuring Aizat

I heard this song few times but couldn't figure out the title. Until yesterday, found the title and downloaded it! Yeay! I guess I love the sound of piano from this song - especially the Intro part. ;).

Enjoy~ 


If I'm not mistaken, the group 1st Edition was from a reality tv show called Gang Starz. 



p/s: Miss home terribly... T_____________________T 

Mode: Speed things up. InsyaAllah, by this month I SHOULD finish my proposal. Please pray for me yaaa.. ;).

Friday, April 01, 2011

Ice ice bebeh~

Just now, my dearest sister, Ina (Zarina Zaimi) called me and reminded me about our date plan! Yeay~ guess what...

Hint: Ice ice baby...Ice ice baby....

InsyaAllah, by Allah's willing, next weekend, we will spend time exercising and show our ice skating skill. Hahaha.. 

I never skate before and I'm so excited. As usual, I made my research. Survey harga, first.


For Non-Members, like me, the rate during weekends is RM20.00. As for weekdays, non-members need to pay RM15.00.


Second, operating hours.


Weekdays: 9 am - 8 pm

Saturday: 9 am - 10 pm



Sunday: 9 am - 8 pm


Third, how to get there?


1. You can go by your own transportation: Bicycle, beca, moto kapcai, kereta kesayangan.
2. You can take Rapid KL LRT to Kelana Jaya. If I'm not mistaken, there's shuttle bus to go to Sunway Pyramid. 
3. You can use other public transports such as taxi or bus. I'm not familiar with which buses go to Sunway Pyramid. Can't share the info with you guys. Sorry

I never ice skate before. I used to roller blade when I was in primary schools. I like it! My parents bought for me and my twin sister as our birthday presents. I still remember. The roller blade was blue in colour. ;).


Oh ya, for more info on the Sunway Pyramid Ice Skating kindly browse 
http://www.sunway.com.my/pyramidice


Ais.. ais.. bayi... Ais.. ais... bayi.... ;p.